VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining

Wednesday, April 1, 2015

Mengarut Sungguh

Gila. Dengan kos yang dijangka sebanyak RM690 juta kita boleh membeli sekurang-kurangnya 8 buat jet pejuang baru siap dengan kelengkapan asasnyer sekali. Bukan jenis jet pejuang MRCA tapi jet pejuang jenis biasa ja (iaitu Dassault Mirage 2000 5MK2). 

Atau pun dengan harga ini kita boleh membeli sekurang-kurangnya 20 buah helikopter baru untuk kegunaan TUDM menggantikan NURI yang sudah boleh dijual timbang kati sahaja tu.



SHAH ALAM - Kos penyelenggaraan jet baharu untuk kegunaan Perdana Menteri mencecah RM690 juta bagi tempoh 15 tahun, dakwa Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dalam satu kenyataan hari ini..

Menurut Rafizi, jumlah itu berdasarkan kiraan kos penyelenggaraan jet yang berjumlah RM46 juta setahun.

"Jika ditambah dengan kos penyenggaraan, operasi dan pengurusan (OMM) bagi jet sedia ada ACJ319 bagi tempoh tujuh tahun akan datang, jumlah OMM bagi dua buah jet peribadi Perdana Menteri adalah RM1.098 bilion.

“Jika jumlah ini dicampur dengan pembayaran kos sewa beli bagi jet baru ACJ320 sebanyak RM465 juta, jumlah yang perlu ditanggung rakyat bagi dua buah jet peribadi kegunaan Perdana Menteri ini akan mencecah RM1.563 bilion bagi tempoh 15 tahun akan datang,” dakwanya.

Terdahulu, Rafizi pernah mendedahkan sebelum ini kerajaan Malaysia telah membeli sebuah jet peribadi baharu untuk kegunaan Perdana Menteri dan Jemaah Menteri melalui satu perjanjian sewa-beli. Jet ACJ320 ini telah dibeli pada harga RM465 juta. - SUMBER

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah