VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining

Wednesday, April 1, 2015

GST : Jom Beli Kereta Proton

Syukur adanya GST. Harga kereta Proton yang selama ini tidak masuk akal sudah jadi murah. Agaknya kalau GST dikenakan 12% mesti harga kereta Proton akan jauh lebih murah. 

Hebatlah. 

Itu sebabnya machai UMNO sokong GST dikenakan. Bukan setakat harga jadi rendah tapi inilah masanya rakyat menolong Kerajaan Malaysia yang terkenal dengan boros dan tiris.



Proton Holdings Bhd mengumumkan harga baru model terpilih kenderaannya yang dikurangkan sehingga RM1,475 atau 3.25 peratus seunit berkuat kuasa hari ini berikutan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Harga di atas jalan itu termasuk kesemua model Proton iaitu Saga, Persona, Inspira, Staria Neo, Exora, Prevé, Suprima S dan Iriz, kata syarikat itu dalam satu kenyataannya.

Kesemua harga berkenaan termasuk cukai enam peratus sebagaimana ditetapkan GST.

"Pengguna bukan sahaja membeli kereta yang bernilai untuk wang mereka, tetapi turut memiliki kualiti serta ciri-ciri keselamatan yang dipertingkatkan.

"Sebagai contoh, pengguna boleh membeli seunit Proton Saga pada harga serendah RM33,242.40 atau memiliki Prevé 1.6L Turbo pada harga RM61,023.46," kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Abdul Harith Abdullah.

Proton berkata, sebagai satu-satunya pengeluar kereta yang lengkap sepenuhnya di rantau ini, ia sentiasa berdedikasi untuk memenuhi peranan berkhidmat kepada negara, khususnya bagi memenuhi matlamat pelaksanaan CBP berkenaan.

Malah, atas alasan itu, biarpun perlu mengurangkan harga keretanya, Proton sebaliknya telah meningkatkan nilai produk menerusi aspek keselamatannya.

Ini sekaligus turut memaparkan komitmen Proton untuk terus mempertingkat produk dan perkhidmatannya di semua peringkat dan menawarkan rakyat Malaysia pilihan memiliki kereta yang selamat, berkualiti dan bernilai untuk wang.

Maklumat lanjut boleh diperolehi di laman web www.proton-edar.com.my .

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah