Kelakar. Perundangan di Malaysia sungguh kelakar. Tiada yang mustahil di Malaysia. Peguam yang bukan kakitangan awam boleh kah jadi Pendakwaraya? Peguam parti politik UMNO pun boleh ditugaskan membuat kerja pendakwaan? Mana pergi semua pendakwaraya sedia ad? Adakah semua pendakwaraya dibawah Jabatan Peguam Negara sudah terliwat? Kah Kah Kah !!! Pendakwa "Fiat" Coupe kah atau "Fiat Multipla"? Mungkinkah Shafee Abdullah pendakwa fulus?
PUTRAJAYA - Peguam kanan Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah telah dilantik oleh Peguam Negara sebagai pendakwa untuk mengetuai pasukan pendakwa dalam rayuan terhadap pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada pertuduhan liwat.
Muhammad Shafee memaklumkan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan hari ini bahawa beliau telah dilantik untuk bertindak sebagai pendakwa dalam rayuan, secara "fiat" mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Prosedur Jenayah (CPC).
Selepas prosiding berakhir, Muhammad Shafee memberitahu pemberita surat pelantikannya ditandatangani Peguam Negara bertarikh 2 Julai tahun ini dan beliau menerima surat itu pada 11 Julai lepas.
Rayuan itu dijadual untuk pendengaran hari ini dan esok tetapi panel Mahkamah Rayuan dipengerusikan Hakim Datuk Ramly Ali menanggguhkannya dan menetapkan 1 Ogos untuk pengurusan kes bagi menetapkan tarikh pendengaran selepas peguam Ram Karpal Singh memaklumkan mahkamah peguam utama pasukan pembelaan Karpal Singh sedang dirawat di hospital.
"Kami akan maklumkan (kepada pihak pendakwa dan pembelaan) tarikh baharu pendengaran menerusi surat," kata Hakim Ramly yang bersidang bersama-sama Hakim Datuk Tengku Maimun Tuan Mat dan Hakim Datuk Mohd Zawawi Salleh.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Sebenarnya ada banyak cara nak jemur kasut bagi kering. Ada yang jemur direct kepada Matahari... ada yang letak atas bumbung rumah atau kere...
-
Pada awal abad ke-20, nelayan Jerman di atas kapal Seastorm membuat penemuan luar biasa di Laut Utara: megalodon hidup, makhluk yang diperca...
-
Sebenarnya... China belum teruji kekuatannya dari segi peperangan secara besar-besaran. Memang dah lama China bersedia dengan kelangkapan pe...
-
Kebelakangan ini, nama “Bluesky” semakin kerap disebut di media sosial, mencetuskan pertanyaan ramai. Bluesky merupakan alternatif kepada X,...
No comments:
Post a Comment