VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining

Tuesday, July 23, 2013

Beranikah KPDNKK Mengambil Tindakan?

Peniaga tidak mahu turunkan harga ayam kepada harga siling RM7.70 sekilogram. Sebab pembekal masih beri harga lama. Menteri umumkan harga baru, tapi hanya sekadar di mulut. Tiada surat hitam putih. Bengong.


GEORGETOWN - Penjual di pasar awam di sini masih belum menurunkan harga ayam ke paras RM7.70 sekilogram seperti yang ditetapkan kerajaan.

Tinjauan Bernama mendapati harga ayam kekal RM9 sekilogram di sekitar Georgetown dan penjual memberi alasan mereka belum menerima sebarang notis untuk menetapkan harga ayam.

Seorang peniaga ayam di Pasar Datok Keramat yang hanya mahu dikenali sebagai Abdullah berkata, harga ayam setakat ini dijual RM9 kerana ia masih diterima oleh pembeli dan beliau tidak menghadapi masalah permintaan.

"Saya memang berharap agar harga ini dapat turun lebih cepat, tapi sebagai peniaga kami tidak dapat berbuat demikian kerana notis penurunan harga daripada kementerian masih belum sampai ke tangan kami," katanya.

Selain itu, beliau berkata kerajaan sepatutnya memantau harga ayam di ladang sebagai langkah awal supaya harga ayam tidak akan melambung setiap kali tiba musim perayaan.

Sementara itu, jurucakap KPDNKK Pulau Pinang ketika dihubungi berkata, bahagian penguatkuasanya tidak dapat mengeluarkan sebarang arahan kerana belum mendapat notis Skim Kawalan Harga Barang daripada ibu pejabat.

Katanya, notis berkenaan akan diedarkan kepada peniaga di seluruh negeri sebelum 26 Julai ini.

"Selain ayam, sebanyak 20 barangan keperluan lain juga tersenarai dalam Skim Kawalan Harga Musim Perayaan," katanya. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah