VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining

Sunday, July 28, 2013

Adakah Ini Alasan Terbaik Dari PAS?

Kelakar. Tidak mungkin hanya ini sahaja yang mampu dijadikan alasan terbaik dari PAS? Mungkinkah ada alasan lain yang lebih konkrit. Bagaimana pula dengan kelemahan PAS itu sendiri? Tidak pandai menari, dikatakan lantai jungkang-jungkit.



KUALA TERENGGANU – Pemimpin Pas menganggap kekalahan calon parti itu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut mempunyai kaitan dengan penetapan tarikh pilihan raya yang dibuat pada hari bekerja.

Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Terengganu, Hanafiah Mat berkata, tarikh yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu menyebabkan pengundi Kuala Besut yang berada di luar Terengganu tidak dapat pulang mengundi.

Mendakwa tarikh yang ditetapkan pada hari Rabu itu seolah-olah telah direncanakan pihak tertentu untuk tidak memberi peluang menang kepada Pas, beliau berkata, pengundi luar seolah-olah disekat untuk pulang mengundi kerana umum mengetahui kebanyakan pengundi tersebut memberi sokongan yang tinggi kepada pembangkang.

“Menteri Besar sendiri mengakui pengundi luar telah memberi kemenangan kepada pembangkang pada PRU13 lalu. Untuk PRK lalu, ada kira-kira 1,400 lagi pengundi yang tidak balik,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Menjelaskan permasalahan pengundi luar untuk mengambil cuti, Hanafiah yang juga Pengurus Kempen PRK Dun Kuala Besut berkata, pertembungan cuti yang akan diambil pada hari raya menyebabkan cuti mereka tidak mendapat kelulusan.

“Kita juga dapat maklumat ada juga yang dapat cuti tetapi anak mereka pula bersekolah, isteri yang bekerja sebagai guru juga sukar mendapat cuti,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya Pas Terengganu, Ariffin Deraman berkata, pihaknya optimis calon Pas menghampiri kemenangan sekiranya tarikh mengundi dibuat pada cuti hujung minggu.

Adun Alor Limbat itu berkata, walaupun Pas mungkin tidak menang sekalipun pengundi luar pulang, sekurang-kurangnya mereka mampu mengurangkan majoriti undi BN di Dun Kuala Besut.

Bagaimanapun katanya, Pas langsung tidak terkejut dengan majoriti undi diperoleh calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, walaupun jumlahnya meningkat berbanding PRU13 lalu.

“Dengan apa yang dibawa kepada rakyat Kuala Besut, sepatutnya BN memperoleh majoriti yang lebih besar daripada itu tetapi apa yang berlaku, peningkatan undi hanya berlaku sebanyak 158 undi sahaja.

“Bagi Pas, ia kekalahan yang bermaruah kerana peningkatan itu berlaku sedikit sahaja daripada yang dijangka sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata, keputusan PRK Dun Kuala Besut itu juga turut menafikan jangkaan pemimpin Umno sebelum ini yang juga Ketua Umno Bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusoh untuk mendapat majoriti sebanyak 4,000 undi.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah