VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining

Monday, April 20, 2015

Hadi Awang Pun Blur?

Kah Kah Kah. Hadi Awang pun blur? Tiada maklumat? Atau sengaja pekakkan telinga dan butakan mata? Pelik? Tidakkah dia tahu pemwala' dia sebarkan pelbagai fitnah dan caci maki didalam media sosial? Oh ya saya lupa. Hadi Awang walaupun lalu dihadapan ramai orang yang berdemo di Pejabat Agung PAS tapi dia tak sedar ada ahli parti sedang berdemo. Sahih Hadi Awang sudah nyanyuk. Orang nyanyuk tidak layak jadi Presiden Parti.


Jawatankuasa Pemilihan PAS menegaskan pemilihan parti itu kali ini dicemari kempen kotor, walaupun presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang menafikan perkara itu itu.

Malah, kata pengerusi jawatankuasa itu Asmuni Awi keadaan sekarang lebih kotor berbanding dua tahun lalu.

Malah, katanya, beliau sendiri turut menerima aduan dan risalah yang memburukkan pemimpin tertentu.

"(Pemilihan) yang lalu tak nampak pun (kempen kotor), tapi kali ini hebat sangat. Tak tahu kenapa berlaku.

"Mungkin presiden tak tahu sebab dia tak ada maklumat.

"Tetapi orang mengadu pada saya dan risalah (memburukkan pimpinan) pun saya dapat sendiri ," katanya kepada Malaysiakini selepas sidang medianya di ibu pejabat PAS hari ini. - SUMBER

Friday, April 17, 2015

Kakitangan Kerajaan Masih Dibawah Gaji Minima

Pelik. Masih ada lagi dizaman ini. Apa yang boleh dibuat jika pendapatan dibawah paras gaji minima Kebangsaan. Tambah lagi hidup di bandar atau kotaraya. Semua perlukan kos. GST pula menambah kos sara hidup dan menaikkan harga kos ubat-ubatan. Kita tidak perlukan TPPA untuk ubat-ubatan naik harga. Cukup sahaja dengan GST.


KUALA LUMPUR - Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hari ini menafikan terdapat 400,000 hingga 800,000 penjawat awam daripada Kumpulan Pelaksana yang masih menerima gaji antara RM805 hingga RM820 sebulan.

JPA dalam kenyataan hari ini berkata gaji terendah dalam Perkhidmatan Awam ialah bagi gred 11 iaitu antara RM832 hingga RM850.

Menurut kenyataan itu, jumlah pendapatan keseluruhan untuk kelompok berkenaan yang meliputi gaji dan elaun adalah antara RM1,257 dan RM1,275.

"Menurut rekod rasmi kerajaan, jumlah penjawat awam yang menerima gaji RM850 ke bawah ialah seramai 3,072 orang," katanya.

Semalam, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Azih Muda dilaporkan berkata, terdapat 400,000 penjawat awam di negara ini masih menerima gaji serendah RM805 sebulan.

Azih berkata, mereka yang menerima gaji seperti itu kebanyakannya terdiri daripada pembantu am dan pemandu yang masuk ke perkhidmatan awam menggunakan kelayakan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Sementara itu, Azih ketika dihubungi Bernama berkata, gaji antara RM832 hingga RM850 itu masih dikira berada di bawah garis kemiskinan dalam situasi peningkatan kos sara hidup pada masa ini.

"Sekarang kita bercakap pasal gaji pokok bukannya ambil kira soal campur dengan elaun perumahan, elaun khidmat awam dan elaun sara hidup. Elaun bukan pendapatan sebenar...macam mana penjawat awam yang dapat kuarters kerajaan, sudah tentu elaun perumahan kena tarik balik, tidak dapat," katanya.

Sehubungan itu, beliau mengulangi tuntutan Cuepacs supaya kerajaan menaikkan gaji penjawat awam dalam kelompok gaji terendah sekurang-kurangnya 35 peratus atau menetapkan RM1,200 sebulan sebagai gaji minimum mereka.

Azih berkata, peningkatan gaji boleh menjadi pendorong kepada penjawat awam meningkatkan produktiviti kerja dan menunjukkan prestasi yang baik sekali gus mewujudkan modal insan bersikap positif.

"Makan kena cukup dan hidup selesa. Lagi pula dengan gaji pokok RM800 lebih sebulan ini mampukah mereka hendak beli rumah yang berharga RM150,000 di bawah PPA1M (Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia)?. Jawapannya memang tidak mampu," katanya. - Bernama

Wednesday, April 15, 2015

Ahmad Maslan : Sebelum GST Tidak Mahu Cari "Milo"

KahKahKah. Sebelum GST tidak mahu cari "Milo". Sekarang bila sudah dikenakan GST baru la sibuk nak cari "Milo". Sudahlah. Milo naik harga, sila minum air suam sahaja. Ikut saranan Ahmad Maslan. Kalau nak murah belilah Ovaltine. Kasihan kepada Polis Pulau Pinang.


Polis sedang mengesan seorang lelaki dikenali sebagai 'Milo' bagi membantu siasatan dalam tiga kes pecah rumah di sekitar Sungai Nibong dan George Town.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Lai Fah Hin berkata Milo atau Mohamad Hamizy Rosly (850925-07-5321) beralamat terakhir di 38-0 Jalan Bukit Dumbar, Jelutong.

Kes berkenaan berlaku sejak beberapa bulan lepas membabitkan rumah yang tidak berpenghuni sebagai sasaran dengan kerugian dianggar mencecah RM100,000.

Polis juga sedang mengesan seorang lagi lelaki bernama Muhammad Fazli Hanafi, 23, bagi membantu siasatan dalam kes menyamar polis dan menyamun berkumpulan warga asing di Teluk Kumbar pada 22 Mac lepas.

Lai berkata empat lelaki yang terbabit dalam kes itu sudah ditahan.

Alamat terakhir Muhammad Fazli ialah 2B-3-16 Mutiara Height Lintang Hajah Rehmah, Jelutong.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi pegawai penyiasat Insp Shanjeevan di talian 016-5347869 dan Insp Frediana Zillah (016-2562298) atau mana-mana balai polis berdekatan.

Sunday, April 12, 2015

Pakar Perubatan Pun Mabuk Ketum?

Pelik. Sekejap kata palsu. Sekejap kata betul. Yang mana satu sebenar-benarnya betul? Saya tidak faham. Pertama Pakar Perubahan menafikan susu kultur boleh menyebabkan sel kanser merebak. Kemudian Pakar Perubahan yang sama juga mengatakan bahawa kultur bakteria akan menjadi kuat jika berada dalam badan seseorang yang lemah daya ketahanan badan.

Saya tahu apa sahaja produk berasaskan gamat amat berbahaya jika digunakan kepada pesakit leukimia dan kanser kerana bahan aktif dalam gamat boleh mencambahkan lagi sel-sel aktif leukimia dan kanser. Ini realiti. Jadi apa sahaja yang boleh merebakkan dan mencambahkan lagi sel-sel aktif memang tidak sesuai untuk pesakit-pesakit leukimia dan kanser (walau apa jenis kanser tersebut).

Sungguh saya tidak faham dengan pandangan pakar perubatan ini.



AUTA

Satu mesej tersebar di media sosial mengenai seorang ibu yang kematian anak akibat kanser, dikatakan berpunca daripada minuman berkultur.

Menurut mesej itu, doktor pakar yang merawat kanak-kanak tersebut memaklumkan bakteria hidup yang berada di dalam minuman berkultur itu mengaktifkan sel kanser.

Doktor pakar tersebut juga dikatakan memberitahu sampel air sum-sum dari tulang belakang kanak-kanak itu mempunyai banyak bakteria daripada minuman yogurt tersebut.

"Doktor yang beritahu (perkara itu) siap merayu supaya kami jangan bagi anak-anak minum (minuman berkultur)," menurut mesej itu.


FAKTA

Dakwaan minuman berkultur boleh menyebabkan sel kanser menjadi aktif yang viral di laman sosial kini tidak disertakan dengan bukti dan mempunyai beberapa kemusykilan kerana kuman probiotik digunakan dalam minuman tersebut disahkan selamat bagi individu sihat, termasuk wanita yang hamil dan menyusukan anak.

Pakar perubatan, Dr Zubaidi Ahmad berkata, minuman itu selamat dan dikatakan dapat merawat beberapa penyakit secara semula jadi dan tanpa ubat jika diambil oleh individu sihat.

"Namun minuman seperti ini tidak sesuai bagi individu yang mempunyai sistem daya tahan yang lemah kerana kuman probiotik adalah kuman bakteria yang hidup, dikhuatiri akan berkembang dengan cepat pada individu yang mempunyai sistem daya tahan yang lemah.

"Ini termasuk pesakit HIV/Aids, orang yang baru menerima derma organ dan mengambil ubat-ubatan untuk mencegah penolakan organ yang dipindahkan, pesakit diabetes, kanser dan yang sedang menerima rawatan untuk kanser, pesakit ginjal dan menjalani rawatan dialisis, pesakit autoimun seperti SLE, pesakit yang mendapat rawatan steroid dan pesakit yang telah menjalani pembedahan usus," katanya yang dipetik menerusi blognya drzubaidi.com.

Katanya, pemilihan kuman probiotik mestilah memenuhi syarat termasuk terbukti selamat untuk kegunaan manusia, dapat hidup dan membiak dalam usus dan mampu hidup walaupun terdapat asid perut dan hempedu.

"(Selain itu, kuman probiotik) perlu terbukti secara saintifik mempunyai kesan baik, boleh didapati dalam jumlah yang mencukupi untuk memberi kesan pada kesihatan tubuh dan bakteria probiotik tidak tinggal dalam usus dan akan dikeluarkan ketika buang air besar," katanya - SUMBER

Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah