VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining

Saturday, July 13, 2013

Kroni Mana Buat Lebuhraya Pan Borneo?

Tak logik ianya tidak boleh dibuat. Tidak logik kos pembinaannya lebih mahal berkali-kali ganda dari di Semenanjung. Tidak logik jika dalam plan ianya jalan berturap tapi bila siap cuma jalan berkerikil. Tidak logik Sarawak yang kaya dengan hasil bumi tidak mampu untuk membangunkan Lebuhraya Pan Borneo. Mana pergi kekayaan Sarawak? Adakah sudah menjadi milik Taib Mahmud?


KUCHING - Jalan raya utama Pan Borneo yang dianggap 'laluan maut' bagaikan menjadi duri dalam kerajaan negeri Sarawak berikutan berlaku banyak kemalangan maut.

Kerajaan negeri tidak sabar menunggu kelulusan bertulis daripada Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri untuk melaksanakan kerja-kerja menaiktaraf laluan antara Miri, Bintulu, Sibu dan Sri Aman.

Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Komunikasi negeri Datuk Seri Michael Manyin hari ini berkata beliau telah menemui Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof baru-baru ini untuk menjelaskan keperluan untuk mempercepatkan perkara itu.

Beliau berkata projek menaiktaraf laluan itu dianggap sebagai keutamaan mendesak memandangkan risiko bahaya yang dihadapi oleh pengguna jalan raya di sepanjang laluan itu.

"Bagi pihak kerajaan Barisan Nasional (BN), kami komited untuk memperbaiki jalan raya itu yang turut menjadi impian semua rakyat Sarawak mempunyai laluan kembar empat lorong bagi memendekkan jarak dan masa perjalanan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan pameran kedai buku terapung terbesar dunia di atas kapal MV Logos Hope di Pelabuhan Sim Kheng Hong di sini.

Pameran tersebut akan berlangsung sehingga 1 Ogos ini.

MV Logos Hope merupakan satu-satunya kapal yang berlayar mengeliling dunia sebagai perpustakaan dan kedai buku terapung di dunia.

Manyin berkata kerajaan negeri akan memanggil tender bagi kerja-kerja menaiktaraf jalan itu sebaik sahaja kos bagi projek itu, yang turut terkandung dalam manifesto BN pada Pilihan Raya Umum ke-13, diluluskan.

Sementara itu, Manyin melahirkan keyakinan bahawa ketiadaan laluan sepanjang 33 kilometer antara Kapit dan Kanowit bagi menghubung laluan dari Kapit ke Sibu akan dibina dengan kos RM480 juta dan di jangka siap dalam tempoh tiga tahun. "Apabila jalan ini siap, semua orang teruja untuk memandu sepanjang jalan dari Kapit ke Kanowit dengan jarak hanya 101km dengan kurang menggunakan bot-bot ekspres," katanya dengan merujuk kepada tragedi kemalangan bot 'Kawan Mas' di Sungai Rajang berhampiran Giam Bungan, dekat Belaga, 28 Mei lepas. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah