Dan (diharamkan juga kamu berkahwin dengan) perempuan-perempuan isteri orang, kecuali hamba sahaya yang kamu miliki. (Haramnya segala yang tersebut itu) ialah suatu ketetapan hukum Allah (yang diwajibkan) atas kamu. Dan (sebaliknya) dihalalkan bagi kamu perempuan-perempuan yang lain daripada yang tersebut itu, untuk kamu mencari (isteri) dengan harta kamu secara bernikah, bukan secara berzina. Kemudian mana-mana perempuan yang kamu nikmati percampuran dengannya (setelah dia menjadi isteri kamu), maka berikanlah kepada mereka maskahwinnya (dengan sempurna), sebagai suatu ketetapan (yang diwajibkan oleh Allah). Dan tiadalah kamu berdosa mengenai sesuatu persetujuan yang telah dicapai bersama oleh kamu (suami isteri), sesudah ditetapkan maskahwin itu (tentang cara dan kadar pembayarannya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. - An-Nisa (Ayat 24)
1. Seseorang wanita yang berkahwin muta'ah dikehendaki menunggu sehingga selepas 3 kali suci barulah dia boleh menikah muta'ah yang lain.
2. Seseorang lelaki yang berkahwin muta'ah dikehendaki menanggung segala perbelanjaan perubatan jika pasangan muta'ahnya mengandung dan bersalin. Malah jika ada anak, wajiblah si lelaki (suami muta'ah) itu menanggung kos saraan sehingga anak itu dewasa (sekurang-kurangnya sehingga umur 18 tahun kalu ikut Malaysia)
3. Jika ada anak dalam tempoh perkahwinan muta'ah ini, maka ianya wajib dibinkan (dinasabkan) kepada si bapa (suami muta'ah). Dan anak ini layak mewarisi apa sahaja harta milik ayahnya.
4. Minima tempoh nikah muta'ah adalah sekurang-kurangnya 3 bulan (tidak termasuk tempoh tiga kali suci si wanita yang dikahwini secara muta'ah). Contoh 3 bulan kahwin + 4 bulan masa @ 3 kali suci.
5. Semasa pernikahan muta'ah berlangsung, semua hak-hak sebagai seorang isteri yang sah (sepertimana nikah yang biasa) adalah wajib ditunaikan oleh si suami.
Sebenarnya ada banyak lagi... tapi gua bagi setakat yang ini jer... sebab mesti ramai yang akan trigger dan butthurt dengan post ini... terutamanya Lobai, Ostad, puak feminis dan so-called Islamic purist... mesti puak nih akan serang post gua nih....
By the way..... Hadith tentang larangan nikah muta'ah dari riwayat Muslim tue levelnya Hadith Ahad jer....
أنَّ رَسولَ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عليه وَسَلَّمَ نَهَى عَنِ المُتْعَةِ، وَقالَ: أَلَا إنَّهَا حَرَامٌ مِن يَومِكُمْ هذا إلى يَومِ القِيَامَةِ، وَمَن كانَ أَعْطَى شيئًا فلا يَأْخُذْهُ
Maksudnya: Sesungguhnya Rasulullah SAW melarang untuk kahwin mutaah. Baginda bersabda: "Ketahuilah bahawa sejak hari ini kahwin mutaah itu hukumnya haram sampai kiamat nanti. Jadi, sesiapa yang pernah memberikan sesuatu, maka janganlah dia ambil kembali.
(Riwayat Muslim)
Yang baik dan tepat hanya dari Allah Taala, yang silap pastinya dari gua selaku makhluk yang sekadar hamba sahaya jer nih...
No comments:
Post a Comment