VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining

Wednesday, January 24, 2024

Kos Urusan Haji 2024

Saya dan isteri antara yg bayar penuh tahun lepas.

Saya kena bayar penuh kerana Rayuan Mahram, sbb isteri saya bayar penuh. Rugike kalau bayar penuh berbanding dgn M40 dan B40?

Tak… saya bersyukur sbb dpt peluang menunaikan Haji tahun lepas. Sebenarnya kami dh nekad nk tunai haji, bahkan kami dh survey pakej2 swasta, kaedah2 Furada…. Kami dh sedia nak bayar. Alhamdulillah kami dapat pergi melalui Pakej Muasasah. Banyak jimat.

Katalah kalau kami kena bayar 33.3K utk buat haji lagi… insya Allah kami sanggup. Cuma skrg dh tak boleh daftar haji lagi selepas tunai haji.

Camnilah… kalau tuan2 dan puan2 T20, kalau kita merasakan bayaran RM33.3K tu besar, masih tak mampu atau ada komitmen lain yg lebih utama, maknanya tuan2/puan2 juga belum mampu utk tunaikan haji dan belum jatuh wajib lagi.

Kalau T20 rasa berat utk kumpul bayaran Haji… samalah, M40 dan B40 pun berat nak kumpul 19.1K dan 12.3K. Jangan tengok 12K dari kacamata T20. Tapi tengoklah dari pandangan org miskin. Tak ada org yg nak jadi susah. Kadang2 usaha mereka dan kita sama, kelulusan sama… tapi kita dpt kerja yg lebih baik. Usaha kita lebih berjaya Dan kita lebih bernasib baik. Tu aje.

Mudah-mudahan kalau kita membantu saudara kita utk tunaikan haji… Insya Allah pahalanya sama spt mereka yg menunaikan haji.

Jadi T20 yg belum dpt panggilan haji, teruskan menyimpan, teruskan membantu saudara2 kita utk tunai haji. Jadi redholah.

Mudah2an tuan2 puan2 mendpt panggilan utk menjadi Duyufurrahman secepat mungkin di masa akan datang.

Kredit : Rosli Kluang



No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah