VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining

Tuesday, November 1, 2022

Undi 18 Penentu Hidup Mati Politik

Orang kata PRU15 tak memberikan apa-apa makna terhadap status quo politik di Malaysia.


Tapi ramai orang lupa.... pada PRU15 ini terdapat seramai 1,141,749 orang pengundi baru dari Undi 18 yang layak membuat pilihan semasa membuang undi. Mereka ini mewakili 5.4% dari jumlah keseluruhan undi yang ada.

Ianya bukan satu nisbah yang cukup kecil. Ianya boleh membuat perubahan. Ianya boleh menjatuhkan atau menaikkan sesuatu calon dan parti.

Mereka ini menggunakan Tiktok, WeChat, Twitter, Instagram, Disquss dan pelbagai lagi medium media sosial. Dan mereka ini kurang menggunakan Facebook. YouTube pula hanya digunakan untuk menggapai ilmu... Lazimnya mereka menelekuni TikTok.

Jangan ingat mereka ini mudah untuk digula-gulakan. Betul yang taksub tetap akan ada. Yang walaun tetap juga bersepah sana sini. Tapi bukan semua.

Jadi... silap buat strategi... makan tanah la jawabnya.


Pemilih berdaftar terkini yang diwartakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ialah seramai 21,113,234 orang. Daripada jumlah tersebut, 1,141,749 orang (5.4 peratus) adalah pemilih berusia 18 hingga 20 tahun, manakala baki 19,971,485 orang (94.6 peratus) ialah pemilih 21 tahun dan ke atas.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah