VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining

Monday, October 17, 2022

Betul Ke Anwar Takut?

Soalan yang perlu kita tanya... Betul ka Anwar Ibrahim takut?? Setakat cakap-cakap Mansor Othman yang belot nih ... payah gua nak percaya....

Hahaha

Tindakan Presiden PKR Anwar Ibrahim yang tidak menyahut cabaran bekas timbalannya, Azmin Ali untuk bertanding di Parlimen Gombak mencerminkan ketakutannya ditolak pengundi Melayu, menurut Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) Pulau Pinang Mansor Othman.

Mansor yang juga bekas pemimpin PKR berkata Anwar yang pada mulanya berkata ingin "mengajar pengkhianat" parti itu dengan bertanding di salah satu kerusi yang disandang mereka pada PRU15 bertukar nada susulan cabaran dari Azmin.

"Apabila Azmin menjawab cabaran Anwar atau mana-mana ahli keluarganya untuk bertanding di Gombak, dia terus bertukar nada, mengelak dan enggan memberi komitmen...dan malah secara efektifnya cuba menutup subjek tersebut.

"Apakah ini contoh keberanian dan kualiti seorang pemimpin agung yang kononnya calon perdana menteri?" katanya dalam kenyataan hari ini.



No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah