VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining

Tuesday, October 5, 2021

Rasuah Dan Kastam Tak Boleh Berpisah

Rasuah dan Kastam nih memang tak boleh berpisah. Memang hampeh.

Kartel rokok seludup sentiasa licik dan kreatif dalam menjalankan kegiatan kerana hasil yang diperoleh cukup lumayan serta mampu melahirkan jutawan dalam tempoh singkat.

Sekali pun ada operasi dan tindakan berterusan pihak berkuasa namun hasil yang diharapkan masih jauh dari sasaran.

Malah, kartel ini terus bermaharajalela dengan menyeludup rokok pada setiap masa termasuk ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta mengaut hampir RM2 bilion setahun.

Bagi kartel, perniagaan seludup rokok adalah paling menguntungkan menyebabkan bahan itu paling banyak diseludup di dunia.

Hasil berbilion juga digunakan untuk merasuah pihak berkuasa atau orang dalam organisasi penguatkuasaan agar melindungi kegiatan mereka.

Aktiviti penyeludupan bahan ini kekal sebagai jenayah yang sukar disiasat kerana modus operandi sering berubah - ubah.



No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah