KahKahKah.
Hebat Terengganu ni. Bukan sahaja ada Masjid Tergantung (Terapung) tapi boleh pulak ada Dewan Undangan Negeri Tergantung. KahKahKah. 16 anggota BN vs 16 anggota Pembangkang dan 1 mangkuk ayun bernama Ahmad Said.
Hebat. Macam mana lah Kerajaan Terengganu nak jalankan tugas. Sebab semua keputusan bila tak sah untuk dibuat dalam keadaan DUN Tergantung ni. Patut bubar sahaja DUN. Tapi mahukah PAS menasihatkan UMNO untuk membubarkan DUN? Nampak sangatlah kan.
KahKahKah.
KUALA LUMPUR - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang digesa tidak melepaskan peluang untuk membentuk kerajaan negeri baharu apabila jumlah kerusi Dun Terengganu antara BN dan pembangkang sama banyak pada masa ini.
Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Samad berkata, pimpinan Pas Terengganu perlu menyatakan pendirian dengan segera untuk mengelakkan Dun Terengganu terus tergantung.
"Kita merayu kepada pimpinan Pas Terengganu untuk memainkan peranan dalam memastikan kerajaan negeri baharu dibentuk.
"Pas Terengganu perlu bersama seorang Adun PKR dan Adun Kijal, Datuk Seri Ahmad Said bertindak sama ada buat keputusan (bentuk kerajaan) atau bubarkan Dun Terengganu," katanya pada sidang media di lobi bangunan Parlimen, di sini ini.
Beliau mengulas keadaan Dun Terengganu tergantung apabila Menteri Besarnya, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman menarik balik peruntukan kawasan Dun Kijal daripada Ahmad pada Ahad lepas.
Peruntukan Dun Kijal kini diuruskan pejabat Menteri Besar, sekaligus memperlihatkan layanan yang diterima Ahmad kini sama seperti di kawasan pembangkang di negeri itu.
Ahmad Razif berkata, penarikan itu susulan tindakan Ahmad yang tidak mencerminkan statusnya sebagai wakil rakyat kerajaan baru-baru ini.
Pada 8 Mac lepas, Ahmad yang juga bekas Menteri Besar mengemukakan cadangan usul undi tidak percaya terhadap Ahmad Razif pada persidangan Dun namun, ia ditolak oleh Yang Dipertua Dun, Datuk Mohd Zubir Embong.
Pengerusi Amanah Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah pula mencabar Abdul Hadi menasihatkan kerajaan negeri itu membubarkan Dun Terengganu demi kepentingan rakyat. - SUMBER
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Gila... Satu entiti yang dia jadi Pengerusi... tapi dia sendiri tak tahu apa yang berlaku... Dah 8 bulan memerintah Malaysia... sebagai Perd...
-
Hahaha... Ini lawak.... Abang la sangat... Hahaha... biasa la nak hidup.... Apa-apa pun boleh selamat kalu kena kawtim yang betul cara.... H...
-
Hahaha... Dulu kecoh kejap orang buat clone produk MILO .... packaging dalam rumah jer... pekerja Bangladesh.... Hehehehe... sempat viral la...
-
Kerajaan Pusat ada kuasa dan had-had tertentu yang ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Kerajaan Negeri juga ada kuasa dan had-had ter...
-
Hahahaha.... Apa la korang nak harapkan dengan Anwar Ibrahim nih..... Adoilah.... penyelesaiannya simple jer... dah lama dah gua bagitau... ...
No comments:
Post a Comment