VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining

Monday, September 23, 2013

Karutnya Perkhidmatan Kerajaan Malaysia

Teruknya. Tidak mungkin sebegini teruk masalah yang dihadapi. Dimana letaknya mutu perkhidmatan awam?

GEMAS – “Sudah 15 tahun saya berusaha untuk memperoleh pengesahan perkhidmatan di sebuah sekolah rendah di Gemencheh sebelum berkhidmat sebagai tentera pada 1979, namun hingga ke hari ini penantian saya seolah-olah tidak berkesudahan,” luah pesara tentera, Bahari Bujal, 56, ketika ditemui di kediamannya di Gemas Indah, dekat sini.

Bahari berkata, sejak 1997, dia sudah berusaha untuk mendapatkan pengesahan perkhidmatannya dari 1 Februari 1978 hingga pertengahan 1979 di Sekolah Rendah Pusat Gemencheh Lama yang kini dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah, Gemencheh.

Bagaimanapun menurutnya, permohonan pengesahan perkhidmatannya itu tidak berhasil sehingga dia cukup berkhidmat selama 21 tahun dengan Kementerian Pertahanan dan bersara pada 30 November 2000.

“Sebelum bersara saya sudah pergi ke sekolah berkenaan untuk mendapatkan maklumat perkhidmatan saya, namun pihak sekolah menyatakan maklumat saya berada di jabatan.

"Saya tak berputus asa dan pergi ke Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan tetapi jabatan memaklumkan data saya tiada serta saya boleh menyemak di Arkib Negara," katanya.

Bahari berkata, selepas itu, dia pergi ke Arkib Negara dan dimaklumkan sekiranya belum bersara segala maklumat berada di jabatan.

"Sudah penat saya naik turun jabatan serta agensi selama lebih 10 tahun, akhirnya saya ketengahkan permohonan rasmi kepada Pejabat Perdana Menteri Malaysia pada tahun lalu dan buku perkhidmatan yang dipohon saya itu baru dikeluarkan," katanya.

Katanya, walaupun buku perkhidmatan berkenaan dikeluarkan, pihak yang bertanggungjawab tidak mengisi dengan lengkap dan tarikh dia meninggalkan perkhidmatan di sekolah untuk menjalani latihan ketenteraan.

Menurutnya, susulan maklumat yang tidak lengkap dan namanya juga dieja salah menjadi 'Baharin'.

"Saya sudah bertanyakan kepada pihak berkaitan, namun hampa apabila mereka bersikap tolak menolak susulan tidak mengetahui siapa yang bertanggungjawab.

“Bila saya hubungi, mereka suruh datang ke pejabat. Bila datang mereka rujuk saya ke pihak lain. Sudahnya lebih 15 tahun saya berhadapan dengan masalah sama sedangkan Jabatan Hal Ehwal Veteran hanya menunggu pengesahan untuk menguruskan tempoh perkhidmatan saya selama hampir 23 tahun," katanya.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah