Macam manalah sukan bolasepak di Malaysia boleh maju. Yang bukan kaki bola pun boleh bagi amaran kepada kaki bola @ jurulatih bola. Macam manalah sukan bolasepak mahu kedepan. Pening. Dia boleh beri amaran tapi dia sendiri tidak boleh terima hakikat bahawa dia sudah "luput tarikh" dalam kancah sukan bolasepak negara. Berundurlah. Beri orang muda dan kaki bola terajui FAM.
Turunlah dari jawatan dan kerusi Presiden FAM kerana kami peminat bolasepak di Malaysia sudah naik menyampah.
Kami (peminat bolasepak) juga sudah tidak dapat menerima apa jua alasan lagi daripada Presiden FAM sekiranya skuad sukan bolasepak di Malaysia tidak meningkat naik mutunya.
SELEPAS mengambil pendekatan berdiam diri dan membiarkan sahaja perkara yang dilakukan oleh jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam akhirnya tampil memberikan amaran kepada jurulatih itu dan pemain Harimau Malaya.
Mungkin agak keras, namun baginda tidak mahu keputusan lain kecuali memenangi semua baki perlawanan dalam Kumpulan D kempen Kelayakan Piala Asia 2015 supaya sasaran layak ke pusingan akhir terus menyala.
Kata baginda, beliau tidak akan dapat menerima apa juga alasan daripada Rajagobal sekiranya skuad Harimau Malaya gagal melepasi Kelayakan Piala Asia 2015 yang kembali bersambung 15 Oktober ini.
“Apa jua yang berlaku sekalipun, skuad negara perlu menang sekurang-kurangnya dua perlawanan menentang Bahrain (15 Oktober) dan Qatar (19 November) selepas ini sekali gus mara ke pusingan akhir.
“Selama ini saya tidak mengganggu persiapan yang dilakukan oleh pihak pengurusan, kerana saya tahu mereka lebih arif, tapi kali ini mereka harus tahu tiada lagi alasan yang akan diterima.
“Justeru itu, kesemua pemain mesti berusaha bersungguh-sungguh dan melakukan yang terbaik bagi membolehkan pasukan negara layak ke pusingan akhir di Australia,” kata baginda ketika berucap menyempurnakan Kongres Tahunan FAM ke-49 di Hotel Royal Chulan, semalam.
Untuk rekod, selepas dua perlawanan, skuad negara ketika ini menghuni tangga ketiga carta Kumpulan D dengan mengumpul tiga mata, hasil kemenangan 2-1 ke atas Yaman dan tewas 0-2 di tangan Qatar.
Anak buah Rajagobal akan meneruskan kempen kali ini dengan melayan kunjungan Bahrain di Stadium Shah Alam 19 Oktober ini sebelum berkunjung ke Stadium Nasional Bahrain untuk aksi kedua pada 15 November.
Malaysia berdepan aksi kedua menentang Qatar di Stadium Shah Alam pada 19 November sebelum menutup tirai kempen berdepan Yemen pada 5 Mac.
Sementara itu, baginda juga memberi amaran kepada jurulatih Harimau Muda A, Ong Kim Swee agar mempertahankan pingat emas sukan SEA di Myammar Disember ini bagi membolehkan beliau tidak terus berputih mata setelah melihat kegagalan skuad Harimau Malaya untuk mempertahankan kejuaraan Piala AFF.
“Saya memang berpuas hati dengan pencapaian skuad Harimau Muda A walaupun menyedari latihan mereka di Slovakia kurang memberangsangkan, namun saya harap situasi itu tidak akan menjejaskan tumpuan pemain untuk mempertahankan pingat emas Sukan SEA di Myammar nanti.
“Saya juga harap perjuangan mereka akan diteruskan untuk memenangi pingat emas kali ketiga berturut-turut (selepas Sukan SEA Laos 2009 dan Indonesia 2011) dan mereka juga harus ingat misi di Myammar penting bagi membolehkan negara tidak terus berputih mata setelah gagal dalam Piala AFF,” ujar baginda.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Kah Kah Kah... Lawak sungguh la... Takder ke staff Majlis Rekabentuk Malaysia boleh design logo yang lebih ekslusif?? Hahaha...
-
Kah Kah Kah... lawak betul,,,, Kes yang macam ini lambat pulak KPN keluarkan konklusi.... tapi kes GISBH ... laju KPN keluarkan konklusi.......
-
Tak logik ianya tidak boleh dibuat. Tidak logik kos pembinaannya lebih mahal berkali-kali ganda dari di Semenanjung. Tidak logik jika dalam ...
-
Giler bhai... memang gila aaa... Biawak monitor pon tak terkecuali kena rogol beramai-ramai.... Adoilah...
No comments:
Post a Comment