VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining

Sunday, August 4, 2013

Pasar Payang Sudah Kena, Sekarang Pekan Rabu Pula

Pasar Payang Kuala Terengganu sudah kena, sekarang Pekan Rabu Alor Setar pula yang jadi mangsa. Agak-agaknya selepas ini tempat mana kawasan orang Melayu pula yang akan kena. Ada sesiapa yang boleh jangka?


ALOR SETAR - Pekan Rabu iaitu pusat perniagaan Bumiputera di bandar raya ini akan diroboh untuk dibina semula supaya lebih selesa dan lapang, kata Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.

"Kompleks Pekan Rabu yang moden akan didirikan semula di tapak asal," kata Mukhriz kepada pemberita selepas meninjau pusat perniagaan itu, di sini hari ini.

Beliau berkata kerajaan negeri sedar Pekan Rabu penting kepada Alor Setar khususnya untuk industri pelancongan dan sehubungan itu pusat perniagaan berkenaan akan dibina semula agar lebih menarik.

Permohonan untuk tujuan itu telah diluluskan kerajaan persekutuan, katanya.

Pekan Rabu yang wujud sejak 1900 menjadi tarikan pengunjung serta sinonim dengan jualan makanan, kuih dan pakaian tradisional, tukang jahit, songkok, kraftangan tempatan, buku, kitab, majalah dan produk industri kecil dan sederhana (IKS).

Mukhriz berkata kompleks baharu itu akan mempunyai lebih banyak ruang perniagaan.

Mukhriz berkata semua peniaga Pekan Rabu akan dipindahkan ke tapak sementara milik Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) di sini untuk membolehkan kerja-kerja meroboh dilaksanakan dalam masa dua atau tiga bulan dari sekarang.

Beliau berkata kompleks baharu Pekan Rabu itu akan mempunyai ruang meletak kereta mencukupi dan dijangka siap dalam tempoh dua tahun daripada tarikh pembinaannya. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah