VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining

Saturday, July 13, 2013

Rakyat Malaysia Bakal Dijangkiti Selsema Burung

Ini idea bodoh. Ini idea yang memang tidak boleh digunapakai. Tindakan sebegini seumpama sengaja mendedahkan rakyat Malaysia kepada bahaya. Rakyat Malaysia bakal dijangkiti penyakit selsema burung jika permit impot ayam ini dilaksanakan. Susah nak kawal ayam yang diumpot. Macam mana Timbalan Menteri Kesihatan boleh beri cadangan sebodoh ini. Pelik.


BALIK PULAU - Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya hari ini menyokong saranan kerajaan membuka permit import ayam bagi mengatasi kenaikan harga ayam di pasaran.

Beliau berkata harga ayam menjadi mahal setiap kali bulan puasa dan menjelang musim perayaan dan tindakan itu mampu menurunkan harga ke tahap asal iaitu antara RM7 dan RM7.50 sekilogram.

"Saya pelik kenapa harga ayam mahal terutama di Balik Pulau iaitu RM10 sekilo dan ini di luar kemampuan serta membebankan pengguna," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Ops Harga 2013 di tapak Pasar Ramadan anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK), di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah Jabatan Kesihatan Pulau Pinang Datuk Dr Lailanor Ibrahim dan Pengarah Pejabat KPDNKK negeri Mohd Salleh Ma'amor

Minggu lepas, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan akan membuka permit import ayam bulat dari negara luar seperti Thailand, Eropah dan Australia bagi memenuhi peningkatan permintaan terhadap ayam bersih menjelang musim perayaan Aidilfitri bulan depan.

Hilmi yang juga anggota Parlimen Balik Pulau berkata pelaksanaan Ops Harga 2013 merupakan langkah penguatkuasaan bagi menangani isu kenaikan harga barang keperluan dan persediaan menghadapi musim perayaan.

Beliau amat berpuas hati dengan tindakan peniaga yang mematuhi peraturan dengan meletakkan tanda harga serta pengendalian makanan secara bersih di tapak Pasar Ramadan.

Sementara itu, Mohd Salleh berkata sehingga hari ini, KPDNKK Pulau Pinang mengesan 90 kes atas pelbagai kesalahan mengikut peruntukan undang-undang Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 serta 50 kes mengikut Akta Timbang dan Sukat 1972.

Katanya jumlah kompaun yang dikenakan terhadap peniaga adalah sebanyak RM7,500 bagi kesalahan mengikut Akta Kawalan Harga dan RM4,300 bagi kes mengikut Akta Timbang Sukat 1972.

Mohd Salleh berkata Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa bagi tahun ini dijangka dikuatkuasakan mulai 1 Ogos sehingga 15 Ogos. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah