Bukan sekali, bukan dua kali malah sudah berkali-kali ada sahaja puak-puak tertentu dalam PAS yang berbuat perbincangan dalam gelap dengan UMNO. Dinafikan tapi akhirnya terserlah kebenaran. Kenapa PAS bodoh sangat sehingga suka mencari penyakit. Pimpinan macam ini lebih baik keluar sahaja dari PAS.
SHAH ALAM – Ketika isu Syiah dikaitkan Pas, timbul kembali isu penyatuan Umno-Pas apabila sekeping gambar dimuatnaik dalam satu akaun Facebook bekas penulis akhbar.
Dakwaan yang dikaitkan dengan gambar itu adalah berlaku satu pertemuan sulit di antara beberapa pemimpin Pas dan Umno untuk membincangkan masalah disamping usaha menyatukan kedua-dua parti itu.
Walaupun sebelum ini, Pas bertegas menyatakan tidak akan berlaku kerjasama untuk menyatukan kedua-dua parti yang telah berpecah semenjak tahun 1951.
Bagaimanapun, Sinar Harian Online telah mendapatkan pengesahan tentang pertemuan sulit yang dilaporkan penulis itu.
Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Pas tidak mengetahui dan mendapat maklumbalas mengenai perkara itu.
Menurutnya, Pas berpendirian teguh tidak akan melakukan usahasama dengan Umno.
“Kita tak ada maklumat tentang pertemuan itu, termasuk di peringkat Pas Pusat.
“Kita tak ada gerakkan ke arah itu (kerjasama).
“Lagipun maklumat yang diperolehi daripada gambar itu susah nak kita tafsirkan. Kita nafikan sekeras-kerasnya,” katanya.
Dalam pada itu, Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali juga mengesahkan perkara tersebut tidak berlaku dan mendapat maklumat.
“Saya pun tak tahu, saya tak dengar apa-apa,” katanya.
Dalam perkembangan yang sama, berdasarkan sebuah blog terkenal yang dipetik mendakwa, satu pertemuan sulit terbaru telah diadakan bagi membincang masalah ke arah kerjasama itu yang diusahakan oleh sekumpulan cerdik pandai.
Dakwanya lagi, pertemuan itu dihadiri sekurang-kurang dua pemimpin ternama daripada Pas.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Gila... Satu entiti yang dia jadi Pengerusi... tapi dia sendiri tak tahu apa yang berlaku... Dah 8 bulan memerintah Malaysia... sebagai Perd...
-
Hahaha... Ini lawak.... Abang la sangat... Hahaha... biasa la nak hidup.... Apa-apa pun boleh selamat kalu kena kawtim yang betul cara.... H...
-
Hahaha... Dulu kecoh kejap orang buat clone produk MILO .... packaging dalam rumah jer... pekerja Bangladesh.... Hehehehe... sempat viral la...
-
Kerajaan Pusat ada kuasa dan had-had tertentu yang ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Kerajaan Negeri juga ada kuasa dan had-had ter...
-
Hahahaha.... Apa la korang nak harapkan dengan Anwar Ibrahim nih..... Adoilah.... penyelesaiannya simple jer... dah lama dah gua bagitau... ...
No comments:
Post a Comment