VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining

Tuesday, July 16, 2013

Najib Razak Lupa Jemput MB Kelantan

Saya tidak dapat mengesan kehadiran MB Kelantan dan MB Selangor dalam program Najib Razak berbuka puasa semalam. Kenapa tiada. Adakah memang sengaja tidak dijemput. Adakah terkhilaf?


PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berbuka puasa bersama anggota Kabinet, Menteri Besar dan Ketua Menteri di kediaman rasminya, di Seri Perdana, di sini malam ini.

Turut hadir, isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang turut hadir pada majlis itu.

Pada majlis itu, Najib turut menyampaikan zakat perniagaan Kumpulan Felda kepada 14 Pusat Zakat Negeri (PZN) yang diwakili Menteri Besar, Ketua Menteri dan wakil dari Majlis Agama Islam setiap negeri.

Jumlah bayaran zakat perniagaan Kumpulan Felda bagi 2012 lebih RM26.7 juta dengan PZN Pahang penerima terbesar iaitu RM8.1 juta.

Bayaran zakat itu adalah bagi kali kesembilan sejak 2005.

Najib turut menunaikan solat Maghrib, Isyak dan solat sunat tarawih selepas majlis itu.

Pada majlis itu, Perdana Menteri turut meraikan dan menyampaikan sumbangan kepada 50 anak yatim dari Rumah Darul Kifayah dari Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). - Bernama

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah