VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining

Friday, July 12, 2013

Kuarters Rakyat

Daripada sediakan "Rumah Transit" seperti yang diumumkan oleh Kerajaan Malaysia dalam sidang Parlimen, adalah lebih baik sediakan "Kuarters Rakyat" yang sama rekabentuk dan kemudahan macam Kuarters Kakitangan Kerajaan. Rakyat juga yang boleh menikmatinya. Bukan susah pun.


KUALA LUMPUR - Rata-rata pasangan muda yang baru berkahwin menyambut baik projek 'Rumah transit' yang diperkenalkan di Dewan Rakyat semalam selain memuji keprihatinan kerajaan terhadap golongan itu.

Mereka juga menganggap inisiatif itu satu usaha murni dan alternatif terbaik kerajaan membantu golongan yang baru membina kehidupan berkeluarga.

Pekerja swasta yang bakal berkahwin pada bulan depan, Mohd Rahimi Anuar, 20, berkata, kawasan perumahan yang dicadangkan kerajaan dilihat amat strategik iaitu di kawasan tumpuan seperti di pusat-pusat bandar.

"Tawaran harga sewaan RM124 cukup berpatutan, sesuai kepada mereka yang baru memulakan hidup berumah tangga dan saya rasa bayaran tersebut tidak terlalu membebankan," katanya yang merancang untuk terus menetap di Kuala Lumpur selepas berkahwin.

Graduan sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang baru mendirikan rumah tangga pertengahan bulan lepas, Nurul Ain Idris, 26 berkata usaha berkenaan dilihat bertepatan dengan pendapatan suaminya yang masih belum kukuh dan memerlukan masa yang panjang untuk stabil.

"Keperluan asas seperti rumah amat diperlukan memandangkan kos sara hidup yang tinggi terutamanya di kawasan bandar.

"Saya puji usaha kerajaan yang kini lebih mengambil berat kebajikan golongan muda, namun saya berharap pihak kerajaan dapat memanjangkan lagi tempoh sewaan hingga lima tahun supaya kewangan lebih stabil," katanya kepada Bernama.

Seorang pekerja swasta Ku Noorasyikin Ku Ahmad, 26 berkata tindakan kerajaan amat bertepatan terutama kepada golongan muda supaya belajar berdikari dalam menguruskan kehidupan berkeluarga.

"Bagi saya, tempoh dua tahun sudah mencukupi bagi mencari dan memiliki rumah sendiri serta memiliki kewangan yang stabil," katanya yang mendirikan rumah tangga tahun lepas.

Ketika mengumumkan mengenai program rumah transit di Dewan Rakyat semalam, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata ia dijangka dilaksana tahun depan.

Abdul Rahman berkata kerajaan berharap dapat menyediakan 5,000 unit rumah transit di seluruh negara untuk pasangan muda baharu berkahwin bawah umur 30 tahun dengan purata pendapatan bulanan di bawah RM3,000. - Benama

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah