Sinar Harian (8 Julai 2013)

Beliau berkata, arahan tersebut yang mula berkuatkuasa seluruh Pahang mulai 1 Ramadan ini dilihat sebagai satu bentuk seruan dakwah bagi menggalakkan umat Islam mengejar sebanyak mungkin pahala pada bulan mulia berkenaan.
“Bagaimanapun, ini bukanlah bermakna setiap individu dimestikan bersolat Tarawih 20 rakaat penuh sepanjang Ramadan. Sebaliknya, ia hanyalah satu penyeragaman untuk mengelakkan perbezaan yang boleh membawa kepada sebarang perselisihan.
“Pada asasnya, solat Tarawih merupakan satu amalan sunat sebanyak dua rakaat sahaja. Justeru, terpulang kepada setiap individu untuk mendirikannya,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan perasmian Kursus Pengukuhan Pembimbing Ibadat Haji Tanah Suci (Pihtas) musim haji 1434 hijrah di sini, kelmarin.
Dalam perkembangan lain, mengulas tentang fahaman Syiah yang mula menular di negara ini menerusi dunia siber, Jamil Khir menjelaskan, pihaknya memandang serius perkara tersebut.
“Kita sentiasa bekerjasama dengan pelbagai pihak dan agensi berkaitan bagi memantau masalah yang berlaku agar tidak terus menular, walaupun berdepan pelbagai kesukaran,” katanya.
2 boleh ke. aku baru dengar ni/
ReplyDeleteTuan Carlos Santiago.
ReplyDeleteSaya juga baru mendengar cerita sebegini. Betulkah boleh buat 2 rakaat?