VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining

Tuesday, July 16, 2013

Baru 600 Ribu Saman AES

Saya ada satu saman AES. Anda ada berapa? Kalau 1 saman AES bernilai RM300 (nilai maksimum), ini bermakna nilai keseluruhan saman AES adalah RM180 juta. Itu baru sedikit sahaja. Belum untung besar lagi bagi pemegang konsesi.


KUALA LUMPUR - Sebanyak 673,339 saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) setakat 11 Jun lalu.

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata jumlah bayaran kompaun pula sebanyak RM20 juta sejak ia dikuatkuasakan September 2012.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan anggota Parlimen Kota Melaka Sim Tong Him (DAP) yang diedarkan kepada media di lobi Parlimen hari ini.

Hishammuddin berkata setakat ini sebanyak 14 kamera AES beroperasi di lokasi yang ditetapkan di seluruh negara kecuali di Melaka yang masih dalam proses mengenal pasti lokasi pemasangan yang sesuai.

AES ialah sistem kamera automatik berteknologi tinggi yang dipasang di lokasi yang dikenal pasti sering berlaku kemalangan, selain bertujuan meningkatkan keberkesanan dan kecekapan sistem penguatkuasaan, ia sebagai kaedah mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah