VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining

Wednesday, March 13, 2013

Shabery Cheek Perasan Dia Hebat

Bukan pegawai sukan sahaja yang suka buat perangai sebegini. Menteri pun ada juga buat sebegini. Ingat dulu Azalina Othman Said melancung masa ada event sukan. Siap angkut pegawai sukan sekali. Senyap sahaja. Tiada tindakan. Kalau sudah kepala busuk. Badan pun akan busuk juga.


MENTERI Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek kesal dengan sikap pengurus pasukan basikal Malaysia yang didakwa leka makan angin di Taj Mahal pada Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) di New Delhi, India.

Katanya, jika benar dakwaan itu, pengurus berkenaan sangat tidak bertanggungjawab dan memalukan negara.

“Saya harap perkara ini tidak benar, pengurus pergi untuk bantu atlet bukan tinggalkan atlet dan sempat pergi melancong.

“Mereka pergi dengan pembiayaan kerajaan jadi jika berita ini benar, ia telah menyalahgunakan wang rakyat,” katanya mengulas mengenai dakwaan terdapat pengurus pasukan basikal Malaysia keluar makan angin ke Taj Mahal sehingga penyampaian pingat emas untuk pelumba negara dilakukan tanpa diiringi lagu Negaraku.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Sepetang Ahli Parlimen Kemaman Bersama Tenaga Pengajar Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kemasik, semalam.

Perkara itu didedahkan oleh jaguh lumba basikal kebangsaan, Azizulhasni Awang yang meluahkan kekecewaan itu menerusi laman sosial Twitter dan Facebooknya.

“Tiada lagu kebangsaan untuk pingat emas pertama Malaysia kerana (rakaman) audio ada dengan pengurus pasukan kita. Tak munasabah!” Keluh pelumba berasal dari Dungun itu dalam laman sosial tersebut.

Sehubungan itu, Ahmad Shabery berkata, pihaknya kini sedang menunggu laporan daripada Majlis Sukan Negara (MSN) dan Persatuan Lumba Basikal Kebangsaan mengenai perkara itu.

“Pada pandangan saya, pengurus pasukan itu wajar dihantar pulang dengan segera ke negara ini dan Persatuan Lumba Basikal Kebangsaan perlu mengambil tindakan tegas jika dakwaan terhadapnya itu betul,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah