VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining
Showing posts with label Telefon Bimbit. Show all posts
Showing posts with label Telefon Bimbit. Show all posts

Sunday, December 25, 2022

Huawei Mate 50 dengan storan 8/256GB boleh jadi milik anda!

Syarikat pengeluar telefon mudahalih terkenal iaitu Huawei baru sahaja mengadakan pelancaran siri Huawei Mate 50 buat pasaran Malaysia. 

Peranti kelas flagship yang ditawarkan pada kali ini membawakan rekaan yang serba mewah bersama spesifikasi canggih terkini yang pasti akan menambah hati peminatnya.

Pada kali ini, Huawei Malaysia membawakan beberapa model Mate 50 yang membawakan keunikan tersendiri. Mari kita lihat spesifikasi lengkap untuk model-model yang ditawarkan buat pasaran Malaysia.



Huawei Mate 50 kini hadir dengan skrin 6.7-inci OLED FHD+ serta sokongan refresh rate 90Hz. Dijana pula bersama cip Snapdragon 8+ 4G, memori 8GB RAM dan storan sehingga 512GB. 

Dibekalkan dengan bateri terbina dalam sebesar 4,460 mAh yang menyokong pengecasan pantas 66W berwayar dan 50W secara wireless.

So .... korang ada bajet dalam RM3,699? Hahaha...

Friday, February 15, 2013

Apple Inc kalah hak paten iPhone

BRASILIA - Pihak berkuasa hak paten di Brazil, kelmarin mengumumkan cap dagang iPhone adalah milik syarikat tempatan, Gradiente SA.

Bagaimanapun, pendedahan itu tidak menghalang Apple daripada menggunakan tanda nama iPhone tersebut di negara terbabit, namun sebarang tindakan melibatkan penyalahgunaannya perlu diputuskan di mahkamah.

Pada tahun 2000, Gradiente pernah mengemukakan tuntutan mereka untuk menggunakan jenama iPhone yang dilihat akan mencetuskan revolusi dalam dunia teknologi telefon bimbit.

Media melaporkan, tuntutan syarikat pengeluar alat elektronik diluluskan pada tahun 2008 dan mereka mula mengeluarkan telefon pintar, iphone.

Setakat ini, pihak Apple Inc. tidak mahu memberikan apa-apa komen berkaitan dengan isu ini. Apa yang pasti Gradiente SA telah pun membuat pemasaran produk iphone tersebut dengan menggunakan sistem pengoperasian Android keluaran Google iaitu persaing kuat Apple Inc.



Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah