VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining

Friday, September 15, 2023

Rompakan Secara Terang-Terangan Kerajaan Pusat

Kerajaan Pusat ada kuasa dan had-had tertentu yang ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan.
Kerajaan Negeri juga ada kuasa dan had-had tertentu yang juga ditetapkan dalam Perlembagaan.

Tapi bila dalam banyak hal... Kerajaan Pusat nampaknya sudah menyalahi batas kuasa mereka seperti yang ditetapkan dalam Perlembagaan dalam banyak hal...

Cukuplah sekali Akta Petroleum 1973 yang menjadi satu benda yang merugikan buat banyak negeri-negeri dalam Persekutuan Malaysia. Bilamana semua negeri yang mempunyai galian Petroleum mahu tidak mahu terpaksa mengikut sahaja apa yang termaktub dalam Akta tersebut...

Last-last... apa yang Kerajaan Negeri dapat.... hanya sekadar dapat apa yang ditentukan sahaja tanpa ada kuasa-kuasa untuk membuat tawar menawar.... Kalu Kerajaan Pusat kata hanya 5% jer dapat... maka 5% jer la dapat... walaupun hasil yang dikeluarkan adalah cukup banyak. Sedangkan Hak galian, air dan hutan adalah hak Kerajaan Negeri. Kena pertahankan.

Pada 1973 ... betul... majoriti Kerajaan Negeri tidak mahir dan agak terkhilaf dalam menerima pakai dan bersetuju dengan Akta Petroleum 1973... tapi itu la... masa tu...

Sekarang nih... Kerajaan Negeri bukan boleh diperkotak-katikkan dengan amalan menekan dan buli macam dahulu... Kerajaan Negeri sudah bijak... Cukup-cukup la dibuli kononnya atas dasar Persekutuan... atas dasar kesamarataan... atas dasar patriotik.

Pada gua dan ramai lagi.... apa yang dirancang oleh Rafizi Ramli dan Anwar Ibrahim nih adalah satu rompakan secara terang-terangan Kerajaan Pusat.... ini semua adalah "Abuse of Power" ..... satu pembulian...

Sewajarnya semua pihak menyemak balik apa yang akan berlaku ini (Dasar Nadir Bumi) agar benda yang sama tidak berlaku seperti mana Akta Petroleum 1973.

Baiklah berhati-hati. Menyesal dahulu pendapatan, Menyesal kemudian tidak berguna. Sudah terhantuk nanti baru nak terngadah.

Rompakan Terang-Terangan


No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah