VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining

Saturday, February 20, 2021

Satu Cadangan Penambahbaikan

Gua memang tak jauh dengan dunia pendidikan nih...

Abang gua cikgu, ex-GF gua cikgu, wife gua cikgu dan adik ipar gua cikgu ... jadi memang pusing mana pon memang terkait dengan bidang pendidikan...

Okeh... ini gua ader satu cadangan penambahbaikan untuk pendidikan di Malaysia pasca Covid-19.

SISTEM 2 FORMAT

Dalam sistem 2 format ini, kita akan mengadaptasikan sistem pembelajaran bersemuka (face2face) macam biasa sebelum ini dan juga sistem pembelajaran secara online (PdPR).

Bagi sekolah rendah, kita gunakan cara sebegini.

Minggu pertama dan ketiga setiap bulan
-  Adalah minggu sesi pembelajaran secara bersemuka (face2face) di sekolah bagi murid-murid tahap 1 (Tahun 1, 2 dan 3)

- Murid-murid tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6) mereka akan menjalani sesi pembelajaran secara online (PdPR) disamping menyiapkan latihan yang diberikan.

Minggu kedua dan keempat setiap bulan
-  Adalah minggu sesi pembelajaran secara online (PdPR)  bagi murid-murid tahap 1 (Tahun 1, 2 dan 3) disamping menyiapkan latihan yang diberikan

- Murid-murid tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6) mereka akan menjalani sesi pembelajaran secara bersemuka (face2face) seperti biasa


Bagi pelajar sekolah menengah

Minggu pertama dan ketiga setiap bulan
- Pelajar Peralihan, Tingkatan 1, Tingkatan 2 dan Tingkatan 3 akan menjalani sesi pembelajaran secara bersemuka (face2face) disekolah.

- Pelajar Tingkatan 4, Tingkatan 5, Tingkatan 6 bawah dan Tingkatan 6 atas akan menjalani sesi pembelajaran secara online (PdPR) dan menyiapkan semua latihan yang diberikan.

Minggu kedua dan keempat setiap bulan
- Pelajar Peralihan, Tingkatan 1, Tingkatan 2 dan Tingkatan 3 akan menjalani pembelajaran secara online (PdPR) dan menyiapkan semua latihan yang diberikan.

- Pelajar Tingkatan 4, Tingkatan 5, Tingkatan 6 bawah dan Tingkatan 6 atas akan menjalani sesi pembelajaran secara bersemuka (face2face) disekolah.

Dengan cara ini... kita dapat mengurangkan risiko jangkitan Covid-19 dan mengurangkan kapasiti murid di sekolah pada setiap masa. Inilah cara yang terbaik untuk kita buat dan manfaatkan... Gua harap tulisan gua ini akan sampai ke pengetahuan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia.



1 comment:

  1. POLITIK SORGA VS POLITIK MENEMPEK

    MAHATHIR HANYA MENEMPEK KETIKA RAKYAT MENENTANG REGIM BN... CARI 'PERUMAH' UNTUK MENEMPEK ATAU MENETEK..!?

    Pada waktu ini, Mahathir tiada. Dia ketika itu mnyokong Bn. Dia dtg bersama rakyat marhaen di dlm PH disaat menjelang PRU14. Dia tak pernah lalui kesusahan dan ujian seperti orang lain, jauh sekali mahu dibandingkan dgn Anwar. Dia join PH waktu kita diambang kemenangan. Dia basuh kaki je masuk PH dan diangkat jadi PM.

    Kemudian dia angkat kaki untuk tumbangkan kjaan PH dengan bantuan pengkhianat. PRU15, diharamkan Mahathir berada dlm saf dan jemaah kita.

    Dah abis susu tetek perumah lama(PH) Tun sebat maka Tun pun tinggal kan tetek itu... sekarang Tun tengah cari 'perumah' susu tetek yang lain pula..

    kikikiki... kikiki

    ReplyDelete

Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah