Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.
Tengah bulan lalu, Pertubuhan Pendidikan Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) mengumumkan, penemuan kira-kira 200 bilion meter padu rizab air tawar di Turkana, Kenya.
Kawasan akuifer (bahagian bawah tanah terdiri daripada kerikil mengandungi air) di ampangan Lotikipi digerudi dan mengandungi akses air bersih yang boleh dibekalkan kepada penduduk negara itu selama lebih 70 tahun akan datang.
Secara teorinya, melalui pengurusan yang betul akuifer tidak akan pernah kering kerana pergunungan di kawasan berhampiran sentiasa mengalirkan air ke dalamnya.
Sejumlah lima akuifer ditemui dengan menggunakan sistem Watex, iaitu teknologi cari gali minyak dan teknik hidrologi konvensional yang dicipta firma peneroka sumber asli, Teknologi Radar Antarabangsa (RTI).
RTI menjalankan kajian bagi pihak Unesco dan kerajaan Kenya dengan bantuan kewangan dari Jepun.
Akuifer Lotikipi berukuran 10,000 meter persegi dan mengandungi kira-kira 200 bilion meter padu air tawar, iaitu 900 peratus lebih daripada rizab air semasa Kenya dan mampu meningkatkan sehingga 17 peratus bahagian air yang ada di negara itu.
Daripada populasi lebih 41 juta penduduk Kenya, 17 juta kurang akses kepada air bersih dan 28 juta tidak menitik beratkan soal kebersihan.
Seorang saintis Unesco Abou Amani berkata, setelah menyaksikan kejadian itu, penjagaan berterusan adalah amat penting supaya ia kekal menjadi sumber air utama.
Penolong Ketua Pengarah Bahagian Sains Semulajadi Unesco, Gretchen Kalonji berpendapat, penemuan terbaru itu dapat membuktikan bagaimana sains dan teknologi dapat menyumbang kepada pengindustrian dan pertumbuhan ekonomi.
“Ia juga dapat menyelesaikan isu masyarakat setempat seperti keperluan akses air,” katanya.
Presiden RTI, Alain Gachet percaya masih terdapat banyak lagi rizab air bawah tanah di Afrika.
“Air bawah tanah ini dapat meningkatkan prospek untuk memperbaiki kehidupan rakyat Turkana yang kebanyakannya hidup dalam kemiskinan dan kurangnya akses kepada dan air bersih,” katanya.
“Teknologi Watex mampu mencari akuifer tambahan supaya ia boleh dimanfaatkan,” katanya.
Pada asalnya, Gachet menggunakan teknologi itu untuk mencari rizab mineral di Afrika. Tetapi penduduk merasakan penemuan air tawar adalah jauh lebih bermakna berbanding minyak atau gas.
Sistem radar, satelit dan peta geologi kawasan itu digunakan untuk mengkaji apa yang terdapat di bawah tanah. Dengan ketepatan permukaan sehingga 6.25 meter, peta itu mampu memberi keputusan tepat lebih 94 peratus.
Sementara itu, Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Sumber Asli Kenya, Judi Wakhungu berkata, penemuan bersejarah ini diharap dapat membuka pintu untuk masa depan lebih cerah kepada penduduk di Turkana dan negara secara keseluruhannya.
“Penemuan kekayaan sumber air ini adalah tepat pada waktunya iaitu ketika ia sangat diperlukan.
“Kini kita perlu berusaha untuk meneroka sumber ini dengan lebih lagi di samping melindunginya untuk generasi akan datang,” katanya.
Penemuan itu dilakukan berhampiran Tasik Turkana, yang merupakan tasik kekal dan alkali terbesar di dunia. Selama ini, rantau itu telah menghasilkan pelbagai kajian purba berkaitan manusia dari berjuta tahun dahulu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Kah Kah Kah... Lawak sungguh la... Takder ke staff Majlis Rekabentuk Malaysia boleh design logo yang lebih ekslusif?? Hahaha...
-
Sebenarnya ada banyak cara nak jemur kasut bagi kering. Ada yang jemur direct kepada Matahari... ada yang letak atas bumbung rumah atau kere...
-
Kah Kah Kah... lawak betul,,,, Kes yang macam ini lambat pulak KPN keluarkan konklusi.... tapi kes GISBH ... laju KPN keluarkan konklusi.......
-
Pada awal abad ke-20, nelayan Jerman di atas kapal Seastorm membuat penemuan luar biasa di Laut Utara: megalodon hidup, makhluk yang diperca...
No comments:
Post a Comment