Mawi sendiri pun sedar diri populariti dia dah habis. Baguslah Mawi. Ada orang lain yang sampai ke hari ini masih tak sedar diri lagi. Pelik. Tambah pulak kalau orang politik.
NAMA Mawi pernah menjadi satu kegilaan sekitar tahun 2005 apabila penyanyi berasal dari Kulai, Johor ini menjuarai rancangan realiti, Akademi Fantasia Musim Ketiga dan turut digelar Raja SMS sebaik memenangi rancangan realiti itu.
Seiring dengan beredarnya waktu, namanya semakin pudar dari industri namun tidak hilang. Berpeluang menemuinya baru-baru ini, Sinar Harian Online sempat menemu bual penyanyi berusia 32 tahun itu. Akur dengan perubahan zaman, Mawi tetap meneruskan kerjayanya dalam bidang seni ekoran meminatinya.
“Okey, popular saya dah rasa (berseloroh). Ia ada zaman tetapi, saya masih ada dalam industri...tak hilang dalam industri. Alhamdulillah masih ada orang panggil saya menyanyi. Lagi-lagi sekarang musim kempen.
“Memanglah... saya mengaku, saya tak sepopular lima, enam tahun lalu. Mungkin sudah tertulis, setakat ini tetapi saya teruskan...masih teruskan sebab saya suka dengan apa yang saya buat sekarang,” katanya kepada Sinar Harian Online.
Mawi selamat bernikah dengan pelakon, Nor Asikin Rahmat atau Ekin pada 2008 dan dikurniakan seorang anak perempuan yang diberi nama, Cahaya Malaika. Berkongsi tentang pengalaman pertamanya bergelar bapa, Mawi melahirkan keterujaannya melihat si kecil semakin membesar.
“Saya suka jadi bapa. Apabila kita melihat anak kita berubah dari hari ke hari, itu perkara paling seronok. Esok nak tengok dia pandai cakap apa pula.
“Sekarang, sudah setahun dua bulan tapi belum pandai berjalan lagi. Merangkak lagi tapi yang saya nampak, dia bercakap dulu. Dalam umur macam itu, banyak juga perkataan yang disebut agak jelas,” katanya.
Cahaya Malaika dijaga sendiri oleh Mawi dan Ekin dengan dibantu ibu mertuanya, Fatimah Saad.
“Kami jaga sendiri tapi dibantu oleh ibu mertua saya. Dia tinggal dengan saya.
Alhamdulillah, dia banyak membantu saya. Kalau tak, kelam kabut juga.
“Tak cukup tidur itu biasa. Tapi sekarang anak saya dah tidur ikut waktu. Awal-awal dulu memang pukul 3 atau 4 pagi baru tidur. Sekarang, Alhamdulillah, pukul 11 malam dah tidur,” katanya.
Ditanya tentang perjalanan seninya, Mawi memberitahu selepas mengeluarkan album Asma Ul Husna tahun lalu, tahun ini dia merancang untuk membuat muzik video bagi lagu Asma Ul Husna versi baru.
“Selepas keluarkan album tahun lepas, saya buat Asma Ul Husna versi baru yang dimasukkan rap dalam bahasa Melayu tetapi, itu belum keluar lagi. Insya-ALLAH akan keluar dan lagu itu sudah siap dan hanya tunggu masa untuk dilancarkan.
“Saya buat pembaharuan dalam Asmaulhusna sebab Asmaulhusna ini dalam bahasa Arab. Orang baca tapi kebanyakan orang tak faham apa yang disebut. Jadi, saya masukkan rap bahasa Melayu. Saya bergabung dengan Jeff A to Z. Sekarang dalam perancangan untuk membuat muzik video Asmaulhusna,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Mawi bakal menjadi juri tetap bagi program realiti terbaru, Popstar bersama penyanyi, Nurul Wahab.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Kah Kah Kah... Lawak sungguh la... Takder ke staff Majlis Rekabentuk Malaysia boleh design logo yang lebih ekslusif?? Hahaha...
-
Sebenarnya ada banyak cara nak jemur kasut bagi kering. Ada yang jemur direct kepada Matahari... ada yang letak atas bumbung rumah atau kere...
-
Kah Kah Kah... lawak betul,,,, Kes yang macam ini lambat pulak KPN keluarkan konklusi.... tapi kes GISBH ... laju KPN keluarkan konklusi.......
-
Pada awal abad ke-20, nelayan Jerman di atas kapal Seastorm membuat penemuan luar biasa di Laut Utara: megalodon hidup, makhluk yang diperca...
No comments:
Post a Comment