VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining

Thursday, March 20, 2014

Insiden MH370 Membuatkan Malaysia Dipandang Hina

Kah Kah Kah. Bilalah Kerajaan Malaysia akan jadi matang. Kalau dengan media dan wartawan dalam negara bolehlah tunjuk ego. Ini wartawan dan media luar negara. Memalukan sungguh.

Kerajaan Malaysia sekali lagi menjadi perhatian media antarabangsa ekoran pengendalian situasi kecoh semasa taklimat harian kepada media berhubung perkembangan MH370 semalam.

Beberapa wartawan asing terkejut dengan situasi itu dan bingung berhubung halangan supaya waris kepada keluarga warganegara China dalam pesawat Malaysia Airlines (MAS) itu tidak bercakap dengan media.

Koresponden TV2 Denmark Benjamin Kurstein berkata, cara pihak berkuasa Malaysia menguruskan keadaan itu “amat malang”.

“Mereka ini jelas kecewa dan datang untuk luahkan kekecewaan itu... saya lihat mereka dikeluarkan daripada bilik persidangan itu.

“Tidak kira sama ada untuk melindungi mereka, atau menghentikan mereka daripada bercakap dengan akhbar, ia akan memberi imej buruk kepada Malaysia,” kata Kurstein kepada Malaysiakini semalam.

Mengingat kembali apa yang disaksikannya semalam, beliau menambah, “hampir-hampir terdapat pergaduhan antara polis dan wartawan.”

Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah