VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining

Friday, August 23, 2013

Siapa Dibelakang Kempen Azalina Othman Said

Seakan tahu siapa sebenarnya yang berada dibelakang kempen Azalina Othman Said. Kempen Pra Pemilihan UMNO kali ini nampaknya semakin sengit. Pertembungan dua penjuru antara team Najib Razak dan Muhyiddin Yassin memang panas. Bayang Mahathir Mohamed juga ada kelihatan, Tergugat nampaknya Shahrizat Jalil. Pasti ada lembu yang akan dikorbankan.


KUALA LUMPUR - Anggota Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman Said, yang berhasrat meremajakan Pergerakan Wanita Umno, menawarkan diri bertanding bagi merebut jawatan Ketua Wanita pada pemilihan parti itu, yang dijadual Oktober ini.

Beliau berkata ini selaras dengan tranformasi yang ingin dilihat Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak yang ingin melihat hasrat meremajakan Umno menjadi realiti.

"Saya tawarkan diri kerana ingin membawa beberapa perubahan serta pendekatan kepada sayap Wanita kerana saya tidak mahu melihat berlakunya tsunami golongan muda yang menolak Umno pada pilihan raya umum ke-14 nanti.

"Pemilihan kali ini bagi saya merupakan persaingan yang sihat bagi memastikan Umno masih relevan kepada Melayu," katanya kepada pemberita selepas menjadi tetamu rancangan bual bicara Helo Malaysia terbitan BernamaTV di saluran 502 Astro malam tadi.

Mengulas teguran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyifatkan semangat Umno untuk memperjuangkan masa depan rakyat, agama dan negara sudah lama hilang dan sifat setia terhadap parti bertukar kepada kepentingan individu, Azalina berkata ia bertujuan mengingatkan anggota Umno agar tidak leka.

"Teguran itu menunjukkan bahawa kita perlu menremajakan parti.

Jangan samakan kita dengan pembangkang yang hanya cakap kosong, kita perlu ada pemimpin baru untuk bimbing generasi muda supaya bersama-sama Umno," katanya bekas Ketua Puteri Umno itu. - Bernama

Thursday, August 22, 2013

Wang Pendahuluan Pembelian Kereta Kini 20%

Membaca berita akhbar di Malaysia perlukan satu sudut pandang yang berbeda. Kita kena membacanya diluar dari konteks berita yang tersedia. Sebab biasanya kalau cerita A yang dihebahkan, maknanya cerita sebenarnya adalah cerita B. Penat. Terlalu Penat.


SHAH ALAM - Bank Negara Malaysia (BNM) menafikan telah mengarahkan bank-bank mengurangkan tempoh bayaran balik bagi pinjaman kereta untuk tempoh maksimum tujuh tahun.

Selain itu, BNM turut menafikan arahan untuk meningkatkan nilai wang pendahuluan 20 peratus daripada 10 peratus.

Laporan Bisnes Times dipetik, orang ramai dinasihatkan supaya tidak mempercayai sebarang khabar angin yang tidak disahkan itu.

"Kami telah tidak pernah memberikan apa-apa arahan kepada mana-mana bank.

"Terma pembiayaan semasa dan syarat-syarat tempoh pembiayaan maksimum adalah tidak lebih daripada sembilan tahun di bawah Garis Panduan Pemberian Pinjaman juga masih tidak berubah," kata jurucakap BNM.

Sebelum ini, laporan di media-media sosial dan blog mendakwa bank-bank telah dikeluarkan memo untuk mengurangkan tempoh pembiayaan dan pendahuluan untuk pembelian kereta baru berkuatkuasa September.

Sunday, August 18, 2013

Presiden FAM, Sila Letak Jawatan, Peminat Bolasepak Sudah Naik Menyampah.

Macam manalah sukan bolasepak di Malaysia boleh maju. Yang bukan kaki bola pun boleh bagi amaran kepada kaki bola @ jurulatih bola. Macam manalah sukan bolasepak mahu kedepan. Pening. Dia boleh beri amaran tapi dia sendiri tidak boleh terima hakikat bahawa dia sudah "luput tarikh" dalam kancah sukan bolasepak negara. Berundurlah. Beri orang muda dan kaki bola terajui FAM.

Turunlah dari jawatan dan kerusi Presiden FAM kerana kami peminat bolasepak di Malaysia sudah naik menyampah. 

Kami (peminat bolasepak) juga sudah tidak dapat menerima apa jua alasan lagi daripada Presiden FAM sekiranya skuad sukan bolasepak di Malaysia tidak meningkat naik mutunya.


SELEPAS mengambil pendekatan berdiam diri dan membiarkan sahaja perkara yang dilakukan oleh jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam akhirnya tampil memberikan amaran kepada jurulatih itu dan pemain Harimau Malaya.

Mungkin agak keras, namun baginda tidak mahu keputusan lain kecuali memenangi semua baki perlawanan dalam Kumpulan D kempen Kelayakan Piala Asia 2015 supaya sasaran layak ke pusingan akhir terus menyala.

Kata baginda, beliau tidak akan dapat menerima apa juga alasan daripada Rajagobal sekiranya skuad Harimau Malaya gagal melepasi Kelayakan Piala Asia 2015 yang kembali bersambung 15 Oktober ini.

“Apa jua yang berlaku sekalipun, skuad negara perlu menang sekurang-kurangnya dua perlawanan menentang Bahrain (15 Oktober) dan Qatar (19 November) selepas ini sekali gus mara ke pusingan akhir.

“Selama ini saya tidak mengganggu persiapan yang dilakukan oleh pihak pengurusan, kerana saya tahu mereka lebih arif, tapi kali ini mereka harus tahu tiada lagi alasan yang akan diterima.

“Justeru itu, kesemua pemain mesti berusaha bersungguh-sungguh dan melakukan yang terbaik bagi membolehkan pasukan negara layak ke pusingan akhir di Australia,” kata baginda ketika berucap menyempurnakan Kongres Tahunan FAM ke-49 di Hotel Royal Chulan, semalam.

Untuk rekod, selepas dua perlawanan, skuad negara ketika ini menghuni tangga ketiga carta Kumpulan D dengan mengumpul tiga mata, hasil kemenangan 2-1 ke atas Yaman dan tewas 0-2 di tangan Qatar.

Anak buah Rajagobal akan meneruskan kempen kali ini dengan melayan kunjungan Bahrain di Stadium Shah Alam 19 Oktober ini sebelum berkunjung ke Stadium Nasional Bahrain untuk aksi kedua pada 15 November.

Malaysia berdepan aksi kedua menentang Qatar di Stadium Shah Alam pada 19 November sebelum menutup tirai kempen berdepan Yemen pada 5 Mac.

Sementara itu, baginda juga memberi amaran kepada jurulatih Harimau Muda A, Ong Kim Swee agar mempertahankan pingat emas sukan SEA di Myammar Disember ini bagi membolehkan beliau tidak terus berputih mata setelah melihat kegagalan skuad Harimau Malaya untuk mempertahankan kejuaraan Piala AFF.

“Saya memang berpuas hati dengan pencapaian skuad Harimau Muda A walaupun menyedari latihan mereka di Slovakia kurang memberangsangkan, namun saya harap situasi itu tidak akan menjejaskan tumpuan pemain untuk mempertahankan pingat emas Sukan SEA di Myammar nanti.

“Saya juga harap perjuangan mereka akan diteruskan untuk memenangi pingat emas kali ketiga berturut-turut (selepas Sukan SEA Laos 2009 dan Indonesia 2011) dan mereka juga harus ingat misi di Myammar penting bagi membolehkan negara tidak terus berputih mata setelah gagal dalam Piala AFF,” ujar baginda.

Friday, August 16, 2013

PDRM Betul-Betul Memalukan

Memalukan. Bagaimana anggota PDRM boleh tersalah serbu dan geledah rumah. Tidak pandaikah mereka membaca peta atau mencari lokasi. Pegawai yang terlibat patut digantung tugas atau dikenakan tugasan dipejabat sahaja selepas ini. Sungguh memalukan.


RANTAU PANJANG - “Maaflah, kami tersalah rumah,” kata pihak berkenaan, yang menceroboh masuk ke dalam rumah seorang pengetua di Taman Nering, jam 3 pagi, kelmarin.

Setelah pihak terbabit memeriksa rumah selama lima minit, pengetua yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad, 56, berkata, salah seorang daripadanya memohon maaf kerana tersilap rumah.

Rosakkan beberapa pintu

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad, 56, memohon penjelasan daripada pihak berkenaan, menceroboh kawasan rumah pada lewat malam tanpa mempamerkan waran geledah. Ketika kejadian katanya, dia dan isteri bersama dua anak sedang tidur di dalam bilik, terkejut dengan ketukan kuat di bahagian pintu depan rumah.

Serentak dengan itu, mereka mendengar jeritan seorang lelaki yang mengarahkan mereka membuka pintu dengan segera.

“Jika saya enggan membuka pintu, mereka menjerit akan memecahkan pintu dan menceroboh masuk.

“Walau siapa pun berada di luar, saya tidak akan buka kerana berhak untuk menjaga keselamatan keluarga dan harta benda,” katanya.

Pernah dirompak penjenayah mengaku pihak berkuasa

Ahmad yang juga pengetua sekolah agama berkata, keluarganya masih trauma mengenangkan kejadian yang sama pernah berlaku 2008 lalu.

Ketika itu katanya, mereka dirompak oleh penjenayah, menggunakan cara yang sama.

“Penjenayah lengkap berpakaian kalis peluru, seragam gelap, menutup muka dan mengetuk pintu dengan cara yang kasar.

“Mereka juga mengaku pihak berkuasa dan meminta kami bekerjasama bagi menyelesaikan kes jenayah,” katanya.

Percaya dengan dakwaan tersebut, Ahmad membuka pintu namun tanpa disangka mereka disamun sehingga menyebabkan kerugian yang banyak, apabila penjenayah melarikan barang kemas isteri dan beberapa peralatan rumah lain. Disebabkan itulah katanya, dia enggan membuka pintu kerana tidak mahu ‘pisang berbuah dua kali’.

Halang penduduk dekati rumah

Kekecohan yang berlaku menyebabkan jiran dan saudara terdekat mengerumuni rumah. Namun katanya, meskipun diajukan pelbagai persoalan, penduduk dihalang untuk mendekati rumah.

“Hanya selepas sejam berlalu dan identiti pegawai berkenaan dipastikan sendiri oleh penduduk, barulah saya bersetuju untuk membuka pintu.

“Disebabkan mereka memecahkan pintu lebih awal, ia rosak sehingga menyebabkan saya terpaksa membuka pintu sliding bersebelahannya,” katanya.

Lebih mengecewakan, Ahmad berkata, pegawai berkenaan memasuki bilik dan menggeledah almari dan keluar dalam masa lima minit.

“Hanya selepas mendapati kami berempat berada di rumah, malah anak lelaki masih kecil, pegawai berkenaan keluar tanpa sepatah kata.

Maruah tercalar

“Meskipun saya mengalami kerugian akibat kerosakan pintu itu, namun ia boleh digantikan dengan wang ringgit.

“Namun maruah yang tercalar tidak akan dapat dipulihkan dalam masa yang singkat,” katanya.

Beliau berkata, maruahnya sebagai seorang guru malah pengetua sekolah agama, tercalar disebabkan pihak berkenaan melakukan kesilapan membaca peta. Sepatutnya Ahmad berkata, pihak berkenaan memastikan sasaran terlebih dahulu, sebelum mengambil tindakan.

Cara itu katanya, menunjukkan kurangnya integriti sebaliknya mengambil mudah dengan melabel penduduk sebagai tidak bekerjasama membanteras jenayah.

“Saya menggesa pihak berkenaan memohon maaf di atas kesalahan yang dilakukan,” katanya

Tuesday, August 6, 2013

Malaysian Communist Association (MCA)

Terbaik. Malaysian Chinese Association (MCA) selepas ini boleh bertukar nama menjadi Malaysian Communist Association (MCA). Akronim MCA masih kekal.


Monday, August 5, 2013

Empayar Langkasuka Nusantara

Pening. Ramadhan kali ini penuh dengan cerita yang memeningkan kepala. Susah hendak dipercayai. Tapi masih ada lagi yang percaya mereka bersusur galurkan golongan bangsawan. Bangsawan atau tidak memang sukar untuk dipastikan. Cuma yang kelakar. Semua ingin mengaku menjadi Tuanku.



KUALA LUMPUR - Sepuluh individu yang mendakwa mereka pewaris Yang di-Pertuan Agong, ditahan ketika berhimpun di Pintu 1, Istana Negara di sini kira-kira 4 petang hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields Supt Aida Abdul Hamid berkata mereka yang terdiri daripada lapan lelaki dan dua wanita itu berpakaian serba hitam dan menaiki tiga buah kereta.

"Kumpulan ini mendakwa mereka dari Kumpulan Panji Hitam dari Timur Empayar Langkasuka Nusantara dan datang ke istana kerana mendakwa mereka adalah pewaris Agong yang sah.

"Tangkapan termasuk rampasan kesemua kereta dibuat oleh ketua balai polis Jalan Travers dan dibawa ke balai Travers," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Menurut Aida tidak ada senjata ditemui ketika pemeriksaan polis terhadap kereta yang dirampas, kecuali 13 bendera bertulisan jawi dan beberapa helaian watikah baiah.

Katanya semakan awal mendapati tujuh daripada mereka berasal dari Melaka, Perak dan Kedah.

Aida berkata siasatan juga mendapati antara ajaran kumpulan itu ialah mendakwa dua kalimah syahadah sedia ada tidak sah dan anggota baharu diwajib berbaiah serta mengucap kalimah syahadah yang baharu di hadapan ketua yang bergelar 'Tuanku'. - Bernama

Kanak-Kanak Diculik Lagi

Harap tolong beri bantuan untuk menjejaki kanak-kanak ini. 48 jam yang pertama adalah masa yang paling kritikal. Bantu segera. Sebarkan. Segala bantuan diperlukan untuk menjejaki penculik ini. Jika terlihat nombor plet kereta yang tertera, sila laporkan kepada mana-mana balai polis yang terdekat. Maklumkan.

Terkini : Aisyah telah dijumpai dan sekarang berada dalan keadaan selamat : @PDRM



Sunday, August 4, 2013

Pasar Payang Sudah Kena, Sekarang Pekan Rabu Pula

Pasar Payang Kuala Terengganu sudah kena, sekarang Pekan Rabu Alor Setar pula yang jadi mangsa. Agak-agaknya selepas ini tempat mana kawasan orang Melayu pula yang akan kena. Ada sesiapa yang boleh jangka?


ALOR SETAR - Pekan Rabu iaitu pusat perniagaan Bumiputera di bandar raya ini akan diroboh untuk dibina semula supaya lebih selesa dan lapang, kata Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.

"Kompleks Pekan Rabu yang moden akan didirikan semula di tapak asal," kata Mukhriz kepada pemberita selepas meninjau pusat perniagaan itu, di sini hari ini.

Beliau berkata kerajaan negeri sedar Pekan Rabu penting kepada Alor Setar khususnya untuk industri pelancongan dan sehubungan itu pusat perniagaan berkenaan akan dibina semula agar lebih menarik.

Permohonan untuk tujuan itu telah diluluskan kerajaan persekutuan, katanya.

Pekan Rabu yang wujud sejak 1900 menjadi tarikan pengunjung serta sinonim dengan jualan makanan, kuih dan pakaian tradisional, tukang jahit, songkok, kraftangan tempatan, buku, kitab, majalah dan produk industri kecil dan sederhana (IKS).

Mukhriz berkata kompleks baharu itu akan mempunyai lebih banyak ruang perniagaan.

Mukhriz berkata semua peniaga Pekan Rabu akan dipindahkan ke tapak sementara milik Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) di sini untuk membolehkan kerja-kerja meroboh dilaksanakan dalam masa dua atau tiga bulan dari sekarang.

Beliau berkata kompleks baharu Pekan Rabu itu akan mempunyai ruang meletak kereta mencukupi dan dijangka siap dalam tempoh dua tahun daripada tarikh pembinaannya. - Bernama

Saturday, August 3, 2013

Macam Zaman Koboi

Betul-betul macam zaman koboi. Tembak sana sini. Sudah makin ramai yang mati. Nampak gayanya selepas ini semua orang kena pakai baju kalis peluru. Siapa yang tembak dan kenapa menembak pun susah hendak cari sebabnya. Mungkin juga mangsa dibawah ini tahu siapa yang membekalkan senjata kepada penjenayah. Pembunuhannya sememangnya dirancang untuk menutup rahsia.


KUALA LUMPUR - Seorang pengawal keselamatan maut selepas ditembak seorang lelaki di Lorong C 3/24 di Cheras Perdana, Kajang di sini, menjadikannya kejadian tembakan kelima yang berlaku minggu ini.

Dalam kejadian pada kira-kira 1.30 petang tadi, Balamurali Balakrishnan, 36, yang berada di ruang tamu rumahnya maut selepas suspek melepaskan empat das tembakan yang mengenai dada mangsa.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Abdul Rashid Abdul Wahab berkata mangsa mati di tempat kejadian manakala ibunya yang berada di bilik tidur rumah itu tidak diapa-apakan.

"Suspek yang datang ke rumah mangsa menggunakan kereta Iswara berwarna hitam dipercayai masuk melalui pintu yang tidak berkunci sebelum melepaskan empat das tembakan yang menyebabkan mangsa mati di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi Bernama.

Abdul Rashid berkata mangsa merupakan bekas banduan serta dibebaskan dari penjara pada Jun dan dipercayai bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah stesen LRT dekat sini.

Beliau berkata siasatan awal mendapati mangsa pernah terbabit dengan lima kes dadah dan polis akan menyiasat sama ada kejadian itu berunsurkan dendam atau sebaliknya.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.

Sementara itu, isteri mangsa, S.Punavaneswari, 28, berkata ketika kejadian, beliau tiada di rumah kerana balik ke kampungnya di Seremban bersama anak lelaki mereka.

"Kali terakhir saya bercakap dengan dia ialah semalam, tetapi dia tidak menunjukkan reaksi yang pelik kerana selama ini pun dia memang jarang bercerita mengenai hal peribadinya kepada saya," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Kejadian itu merupakan yang kelima minggu ini. Semalam, seorang peniaga emas nyaris maut apabila tembakan orang yang cuba membunuhnya tersasar dan terkena bahu kanan mangsa, yang ketika itu memberhentikan kenderaan di lampu isyarat Jalan Makmur, Pandan Indah di sini.

Pada 29 Julai, Pengasas Arab Malaysia Bank Hussain Ahmad Najadi, 75, maut manakala isterinya, 49, cedera parah apabila ditembak dari jarak dekat di parkir kereta selepas keluar dari sebuah tokong Cina di Lorong Ceylon di sini. - Bernama

Friday, August 2, 2013

Rajagobal Kekal Jurulatih

Kalau K. Rajagobal kena turun takhta jurulatih sebab Skuad Harimau bermain teruk, patutnya Presiden FAM juga kena turun takhta presiden atas sebab yang sama. Barulah adil. Barulah saksama. Jangan salahkan jurulatih Skuad Harimau sahaja tetapi Presiden FAM berlepas tangan.


DATUK K Rajagobal boleh menarik nafas lega apabila khidmatnya sebagai jurulatih tidak akan ditamatkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selepas badan induk itu memutuskan untuk mengekalkan beliau sebagai jurulatih skuad kebangsaan sehingga kontraknya tamat pada akhir Disember ini.

Keputusan itu diumumkan Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah selepas Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal dan Pembangunan serta Jawatankuasa Pertandingan Antarabangsa di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur hari ini.

Menurut Tengku Abdullah, keputusan itu dibuat berdasarkan beberapa faktor terutamanya dari segi kekangan masa untuk mencari juruatih lain bagi membimbing skuad Harimau Malaya dalam persiapan kelayakan Piala Asia menentang Bahrain Oktober ini.

"Tidak dinafikan sekiranya dikaji melalui merit memang tidak memihak pada beliau (Rajagobal), tetapi untuk mencari penganti beliau dalam masa terdekat adalah satu masalah besar, kita perlu mendapatkan jurulatih yang lebih daripada beliau.

"Soal kekal atau gugur bukan masalahnya sekarang, tetapi persoalannya siapakah penganti beliau nanti. Sehubungan itu kita tidak boleh terburu-buru lagipun bulan 10 semakin hampir dan masa untuk mengharungi kelayakan Piala Asia semakin singkat.

"Jadi, kami akan memberi peluang kepada Rajagobal untuk membimbing skuad kebangsaan namun saya harap beliau akan bangkit pada perlawanan selepas ini dan sedar bahawa kemenangan itu penting," katanya kepada pemberita di sidang media selepas mesyuarat tersebut.

Dalam laporan tempatan hari ini, ramai pihak menjangkakan bahawa Rajagobal akan diarah meletak jawatan selaku ketua jurulatih Harimau Malaya susulan prestasi buruk skuad negara dalam siri jelajah di Jepun.

Ini kerana, sepanjang berguru di sana, skuad negara gagal mencatat sebarang kememangan bahkan jaringan gol dalam tiga perlawanan menentang kelab Jepun.

Harimau Malaya tewas kepada kelab Divisyen Satu Liga Jepun iaitu Shonan Bellmare (0-5) dan Shimizu S Pulse (0-2) sebelum diaibkan 0-5 kepada kelab Divisyen Dua Liga Jepun, Tokyo Verdy.

Keputusan itu membuatkan Harimau Malaya sekadar mampu melakar dua kemenangan selepas mengharungi 13 perlawanan tahun ini dan itu satu rekod yang cukup memalukan.

Mengulas lanjut, Tengku Abdullah bagaimanapun menegaskan bahawa pihaknya akan tetap mencari jurulatih terbaik bagi mengembalikan kembali imej bola sepak negara.

Malah katanya, FAM akan sentiasa berusaha mencari sesiapa yang sahaja yang boleh menjanjikan kejayaan buat Malaysia.

"Sudah tentu saya hampa dengan keputusan diperolehi semasa berada di Jepun, tapi saya tidak boleh menjelaskan dengan terperinci mengenai kegagalan tersebut kerana yang boleh memberi jawapan itu adalah pemain dan jurulatih.

"Apa pun, kami tidak boleh ambil risiko atau tindakan drastik buat masa sekarang kerana ia tidak semestinya akan menjamin kejayaan bola sepak negara namun demikian kita akan tetap mencari sesiapa sahaja yang layak untuk membimbing skuad negara dan saya akan pastikan ia berlaku," jelas beliau.

Harimau Malaya yang tiba ke ibu negara hari ini selepas ‘berguru’ hampir dua minggu di Jepun akan menentang juara Liga Sepanyol, Barcelona pada aksi persahabatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil 10 Ogos depan.

Selepas menentang The Catalan, anak-anak buah Rajagobal bertemu China dalam satu lagi aksi persahabatan pada 10 September sebelum mengharungi kempen kelayakan Piala Asia 2015 menentang Bahrain di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 15 Oktober depan.

Thursday, August 1, 2013

Banyak Penipuan Didalam TPPA

Kerahsiaan. Saya nampak macam ada sesuatu yang tidak kena bila MITI bertegas bahawa kerahsiaan adalah perlu dalam perjanjian TPPA. TPPA adalah berkaitan dengan semua pihak. Kerajaan, Swasta dan juga rakyat. Jadi sepatutnya rakyat dapat tahu apa yang ada didalam perjanjian misteri ini. 

Tapi oleh kerana Kerajaan Malaysia terkenal dengan sikap bodoh sombong, maka MITI bertegas bahawa TPPA adalah rahsia. Bukankah Kerajaan Malaysia banyak kali ditipu dalam perjanjian besar melibatkan kepentingan awam. Sebagai contoh perjanjian pembekalan air mentah ke Singapura pada kadar harga yang tidak masuk akal. Sikap bodoh Kerajaan Malaysia ini memang terkenal dan sudah lama.

Hanya penipu sahaja yang akan banyak berahsia. Saya jangkakan ada banyak penipuan didalam TPPA.


KUALA LUMPUR - Satu tahap kerahsiaan diperlukan dalam Rundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) memandangkan para perunding yang membincangkan kepentingan strategik Malaysia tidak mahu mendedahkan kepada umum apa yang dirundingkan, kata Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti).

Dalam satu kenyataan hari ini, Miti berkata ini akan memastikan keputusan terbaik dicapai semasa berlangsungnya perundingan, sambil menambah pelaksanaan dan proses yang terlibat dalam perundingan dan peraturan dalam lingkungan perjanjian TPP memerlukan para perunding mengekalkan kerahsiaan teks yang dibincangkan.

Miti berkata sementara teks-teks berkenaan tidak pernah didedahkan kepada umum kerana perundingan masih berlangsung, kerajaan telah dan akan terus berkongsi kedudukan yang dirundingkan itu dengan pemegang yang berkepentingan.

Miti berkata rundingan dengan pelbagai pemegang kepentingan sebelum menyertai perjanjian TPP mendedahkan permintaan yang kian meningkat daripada syarikat-syarikat Malaysia agar lebih banyak pasaran terbuka dan langkah-langkah memudahkan perdagangan.

Banyak syarikat Malaysia telah menjadi pelabur global dan mereka menghendaki satu tahap yang boleh diramalkan yang boleh dijamin secara berkesan menerusi perjanjian seperti Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA), kata Miti.

Pada masa yang sama, terdapat juga kepentingan daripada syarikat asing dalam negara bukan TPP yang meninjau Malaysia sebagai pangkalan untuk operasi mereka.

Gabungan akses pasaran yang meluas dan aliran masuk pelaburan asing boleh mewujudkan satu pemangkin yang kuat dalam memacu transformasi ekonomi Malaysia.

Perjanjian TPP juga akan melonjakkan dengan ketara penglibatan Malaysia dengan rakan dagang utama seperti AS, Kanada, Mexico dan Peru, sekali gus menawarkan peluang menjadi sebahagian daripada pasaran pengguna bebas cukai yang berpopulasi 800 juta.

"Peluang ini tidak seharusnya kita lepaskan, terutamanya kita ialah sebuah ekonomi terbuka, bergantung sepenuhnya kepada perdagangan antarabangsa," kata Miti.

Ia menambah meninggalkan perundingan itu sekarang bermakna membenarkan negara-negara lain menetapkan terma perundingan tanpa perlu menimbang kepentingan dan kebimbangan Malaysia.

Impaknya akan lebih ketara sekiranya negara-negara seperti China dan Indonesia mengambil keputusan untuk menyertai perjanjian TPP di kemudian hari.

Sementara itu, dalam maklum balas kepada pertanyaan terhadap desakan untuk memuktamadkan perjanjian TPP menjelang Oktober 2013, Miti berkata, perlunya untuk berusaha ke arah tarikh sasaran untuk memuktamadkan perundingan itu, seperti mana dalam semua perundingan.

Bagaimanapun, ia bukanlah tarikh akhir muktamad memandangkan pihak yang terlibat dalam rundingan masih mempunyai banyak isu sensitif untuk dibincangkan.

Mengenai mengapa China tidak berada dalam perjanjian TPP, Miti berkata kedudukan kesemua ahli perjanjianTPP ialah agar perjanjian ini menjadi asas bagi FTA Asia Pasifik (FTAAP) yang meliputi kesemua ekonomi APEC dan China juga merupakan ahlinya.

Keanggotaan dalam perjanjian TPP adalah secara suka rela dan setiap ahli APEC, termasuk China, bebas untuk membuat keputusan bila ingin menyertai TPP.

"Malaysia dan China menikmati hubungan diplomatik dan komersil yang rapat dan China ialah rakan dagang yang penting kepada Malaysia. Malaysia, sudah pastinya mengalu-alukan China menyertai perjanjian TPP, kata Miti.

Miti menambah yang rundingan itu tidak digerakkan oleh Amerika Syarikat dan setiap negara itu sama dalam perundingan TPP, yang berdasarkan kepada prinsip -- "tiada apa yang akan dipersetujui sehinggalah segalanya dipersetujui".

"Dalam rundingan TPP, semua perjanjian mesti berdasarkan kesepakatan. Jadi, sementara AS atau mana-mana negara berhasrat mengemukakan banyak cadangan, keputusan akhirnya mesti berdasarkan kepada kata sepakat," kata Miti. - Bernama

Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah